Kalau nak siasat sebab-sebab kekalahan tu adalah juga logiknya
Kalau nak siasat sama sebab pertembungan, aku rasa buang masa
Semua yang bukan Ahli PAS awal-awal lagi dah nampak
Tapi bagi Ahli PAS, tak tahulah pulak.....
Sepatutnya siasat juga mengapa mulut tempayan di dalam PAS dan DAP terlalu besar!
J'kuasa PAS teliti isu pertembungan calon
Timbalan pengerusi jawatankuasa postmortem pilihan raya umum ke-13 PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata jawatankuasa itu akan meneliti faktor kekalahan calon mereka dan juga isu pertembungan dengan calon parti Pakatan Rakyat lain di kerusi yang ditandingi.
Bekas MP Kuala Selangor itu berkata, selain itu jawatankuasa tersebut juga akan menyediakan 16 petisyen untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya tersebut.
Katanya, petisyen kerusi PAS itu melibatkan empat kawasan di Johor, tiga di Perak, masing-masing dua di Selangor dan Terengganu dan selebihnya satu di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Katanya, petisyen kerusi PAS itu melibatkan empat kawasan di Johor, tiga di Perak, masing-masing dua di Selangor dan Terengganu dan selebihnya satu di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Mengulas bentuk siasatan yang akan dijalankan oleh jawatankuasa itu, Dzulkefly berkata ia akan bertindak seperti suruhanjaya siasatan diraja (RCI).
Katanya, jawatankuasa itu akan meneliti soal pertembungan calon PAS dengan calon lain dari parti dalam Pakatan, di tujuh buah kawasan termasuk DUN Kota Damansara.
"Bila buat siasatan macam RCI lah. Kita adakan kumpulan fokus. Kita diberi masa sampai Oktober dan bulan terakhir kita akan mula menulis (hasil siasatan).
"Kita akan siasat dan lakukan siasatan dan mendalami serta meneliti semua kes dan ambil pengiktibaran sebaiknya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Salahuddin Ayub berkata, selain daripada organ parti, kumpulan lain yang akan turut terlibat memberikan maklum balas bagi postmortem itu ialah NGO, tokoh politik, sosial, ekonomi dan juga ahli akademik.
Salahuddin juga berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil parti di peringkat negeri untuk mendapatkan input secara langsung supaya laporan yang diterima meliputi peringkat akar umbi.

Wahai ahli pakatan rakyat kini bukanlah masa utk berbalah,kami berpihak serta memberi sokongan yg padu demi hak rakyat.rakyat tidak akan bangun jika sekira tanpa DSAI,rakyat tidak akan sedar serta celik tanpa dikejutkan rompakan hak rakyat serta kezaliman yg berleluasa tanpa tamadun oleh DSAI.jangan sesekali menikam belakang sesiapa rakyat akan memberi hukuman tanpa mengira kepartian apa.belajarlah dari kekalahan yg berlaku dikedah.kalau masih tidak percaya dipersilakan buat onar dalam daging,rakyat dulu hidup dibisukan,rakyat sekarang berlidah,bermata dan bersuara.gelangang politik adalah gelangang rakyat,suara kuasa adalah kuasa rakyat.
ReplyDelete