Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 17, 2013

‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’

Alyaa Azhar | June 17, 2013
Sumpah dan lafaz Datuk Seri Najib semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan justifikasi usul undi tidak percaya terhadap beliau.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini  menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sumpah, lafaz dan tindak-tanduk beliau [Datuk Seri Najib] semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan lagi justifikasi untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang ini.
“Usul yang dicadangkan adalah di atas pertimbangan salah laku dan ketidakpatuhan kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan di atas pertimbangan politik,” katanya dalam surat terbuka kepada Anwar.
Surat sama dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail  dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan “tsunami Cina” yang diutarakan Najib selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang Perdana Menteri berbilang kaum.
Tambah Mat Zain,  Najib telah menghina Yang di-Pertuan Agong [Tuanku Mizan Zainal Abidin] ketika upacara majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 3 April 2009 dengan  menggunakan sumpah yang direka sendiri.
‘Membelakangkan Perlembagaan’
“Tindakan Datuk Seri Najib sedemikian itu bukan sahaja membelakangkan peruntukan Perlembagaan, bahkan beliau turut menghina kepercayaan YDP Agong terhadap beliau,” katanya.
Menurut beliau, sekiranya di hari pertama memegang jawatan tersebut Najib telah sanggup berbohong di hadapan YDP Agong dan rakyat Malaysia, maka apatah lagi, di hari-hari yang berikutnya.
“Justeru itu, beliau tidak layak melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri semenjak 3 April 2009 lagi. Sebarang perkara yang beliau lakukan atas sifat seorang Perdana Menteri boleh dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mengikut sepertimana peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Menambah burukkan lagi, tambah Mat Zain, ialah apabila  Najib mengikrarkan dua afidavit di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah pada 21 dan 23 Sept 2011, yang difailkan dan dikemukakan dalam Mahkamah Tinggi berkaitan kes liwat yang kini berada di peringkat rayuan.
“Dalam affidavit-affidavit berkenaan, Datuk Seri Najib telah mengikrarkan nama seperti yang terkandung dalam kad pengenalan beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Nama ini adalah bercanggah dengan nama yang beliau lafazkan di hadapan YDP Agong ketika mengangkat sumpah jawatan iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,” katanya.
Tambah beliau, selain daripada percanggahan nama, Najib telah mengikrarkan dua kenyataan mustahak berasingan yang boleh dibuktikan sebagai kenyataan yang tidak benar atau palsu.
‘Keterangan palsu’
“Membuat kenyataan secara bersumpah yang tidak benar adalah sama dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.
“Bukan sahaja beliau telah melakukan kesalahan jenayah terhadap keadilan awam kerana membuat kenyataan bersumpah palsu, malahan beliau turut boleh disifatkan sebagai telah mengingkari atau membelakangkan hukum Islam,” katanya.
Tambah Mat Zain, keengganan Najib menjadi saksi dalam perbicaraan yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kedua-dua pihak yang menuduh dan tertuduh tidak mendapat pembicaraan yang adil dan sempurna.
“Mengikut kefahaman saya, dengan sengaja mengelakkan diri daripada menjadi seorang saksi yang adil adalah dosa besar, kerana boleh membawa kezaliman kepada orang dituduh melakukan kesalahan,” katanya.

1 comment:

  1. Sampai mampus speaker ayam togel sidang reban ayam-ayam kampung aku takkan benarkan punya usul ayam pria terhebat untuk buat undi tak percaya pada ayam jantan pondan dan bacul menjadi bos reban tu.

    Nak bertarung laga dalam gelanggang ayam jantan pondan bacul tu kata bukan budaya ayam-ayam reban tu berlaga. Jadi dia guna ayam putih lompat pagar untuk buat proses PRU ayam-ayam reban. Biasalah nama pun ayam putih lompat pagar dia guna kaedah tulah untuk buat ayam jantan pondan bacul menang.

    Tak apa tipu ye... dia ingat tuan ayam tak boleh buat apa-apa... ini tuan punya ayam la...mana ayam kurang ajar berak merata-rata kita sembelih buat gulai... bukan macam orang tu di negara orang tu... penipuan depan mata dibuat tak tahu je... takut kot... atau dah diberi makan kenyang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa