Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 6, 2013

"Ada yang boleh hukum bunuh" : Batang Hidung Siapa Yang Kena Nih?

Ini adalah saranan rakyat marhaen
Bagi yang dah kojol tu tak boleh nak apa-apa dah
Tapi yang masih bernyawa dan berkedudukan, bagaimana?


Jumaat Julai 5, 2013
Dokumen Pengenalan Diri Kepada Pala'u Akan Cegah Masalah Besar - RCI
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin Di Sabah pada Jumaat diberitahu pemberian dokumen pengenalan diri kepada masyarakat Pala'u atau 'sea gypsies' akan mencegah masyarakat itu daripada menimbulkan besar kepada masyarakat lain pada masa akan datng.
Ketika membuat cadangan itu, Ketua Kampung Bangau-Bangau dari Semporna, Juak Borneo, 61, yang juga berketurunan Pala'u, berkata masyarakat tersebut tidak mempunyai pendidikan dan mampu melakukan kegiatan tidak baik seperti mencuri semata-mata untuk mencari nafkah hidup.
"Saya bimbang dengan nasib masyarakat Pala'u. Mereka daif. Takut generasi (Pala'u) akan datang akan ketinggalan.
"Mereka sanggup menjelajah jauh untuk cari makan dan apabila mereka melihat pembangunan yang orang lain nikmati, kita khuatir mereka juga akan irihati dan melakukan kemusnahan harta benda," katanya.
Menurut Juak, masyarakat Pala'u, yang tinggal di perairan, mempunyai kebolehan mendayung perahu ke tempat jauh dan mereka boleh ditemui di perairan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu penempatan untuk masyarakat tersebut kerana ramai antara mereka lahir dan tinggal di perairan Malaysia, khususnya di Sabah dan kerap mendarat di pantai dan pulau-pulau di Sabah untuk berlindung dari cuaca buruk dan mencari makan.
Sementara itu, Mahat Ismail, 65, mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan (IC) palsu kepada pandatang asing.
Jelasnya, pihak terbabit dikatakan menderhaka kepada negara dan harus dibuang negeri atau diisytihar muflis atau dibekukan aset mereka.
"Kita jangan lagi berlembut dengan mereka. Kalau di negara lain, ada yang boleh hukum bunuh," katanya.
Peniaga kecil berketurunan Suluk tempatan itu memberitahu sejak insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Februari lepas, masyarakat Suluk tempatan dipandang rendah sehingga tidak berani untuk berbahasa Suluk di antara mereka.
Ismail Juhari, 74, yang juga berketurunan Suluk tempatan dari Tawau, mencadangkan agar IC sah yang dikeluarkan kepada pendatang asing ditarik balik.
Jelasnya, langkah itu boleh menunjukkan keseriusan dan ketelusan kerajaan dalam menangani masalah itu.
Panel RCI itu diketuai bekas hakim besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Prosiding RCI bersambung 15 Julai ini. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa