Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 5, 2013

Adakah Kuala Besut Kembali Menggelegak?

PRK: Calon BN team Idris?
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Julai 2013

KUALA TERENGGANU – Pembangkang menjangka calon diketengahkan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK ) Dun Kuala Besut ini dipilih dari ‘kem’ Datuk Seri Idris Jusoh.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, perkara itu cukup jelas melalui pelantikan Ketua Umno Bahagian Besut itu sebagai Timbalan Pengarah PRK Dun Kuala Besut, seolah-olah mengetepikan kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja mengejutkan beberapa pemimpin Umno, tetapi ada turut kecewa Ahmad tidak dilantik sebagai timbalan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK di kerusi N1 itu.

“Adakah ini menandakan perselisihan di antara dua pemimpin ini masih berlanjutan? Melalui maklumat yang ada kita dimaklumkan bahawa Adun yang meninggal itu merupakan 'orang' Ahmad Said.

“Bagaimanapun, dengan pemilihan Idris sebagai timbalan, ia menggambarkan calon BN nanti datang dari team Idris,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam masa sama, beliau turut mengkritik gandingan Muhyiddin dan Idris yang seolah-olah tidak kena dan membelakangkan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Beliau berkata, keadaan itu turut mendatangkan risiko yang besar terutama kepada Ahmad kerana jika kalah, sebagai Menteri Besar beliau sudah tentu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku.

“Sepatutnya Ahmad berada di tempat timbalan pengarah, seolah-olah tidak kena beri kepada ketua bahagian,” katanya.

Sementara itu, mengulas potensi kemenangan Pas di Dun Kuala Besut, Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu turut yakin sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Beliau berkata, rata-rata yang ditemui khususnya di kawasan tersebut menyatakan keterujaan untuk melihat apa akan berlaku di Dun Terengganu dengan kedudukan seri 16-16.

“Saya sudah turun ke Besut dan ramai pengundi yang mahu tengok kedudukan 16-16. Tidak kira sama ada daripada pengundi Umno atau Pas.

“Kita lihat sentimen ini akan membantu mempengaruhi pengundi memberi undi kepada Pas, sentimen ini amat besar kerana mereka mahu lihat apa yang berlaku,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut sependapat dengan pemimpin politik lain bahawa pilihan raya ini sangat penting kepada kedua-dua parti sama ada Pas atau BN yang mahu melihat keputusan berpihak kepada parti masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa