Amidi Abdul Manan
Pergolakan Mesir kesan demokrasi ala Barat
Genap setahun Mohamad Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir, rakyat negara itu sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir. Tanggal 30 Jun 2013 bukan himpunan ulang tahun pelantikan tetapi perhimpunan menuntut peletakan jawatan Presiden Mesir itu.
Morsi mencatat sejarah apabila menjadi Presiden Mesir yang pertama diangkat menerusi sistem demokrasi berpilihan raya dalam tempoh 30 tahun sejarah Mesir moden. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam paling berpengaruh di Mesir, iaitu Ikhwanul-Muslimin.
Amerika sebenarnya tidak berminat dengan kerajaan Morsi walaupun diangkat menerusi demokrasi, tetapi lebih berminat untuk menjalinkan hubungan dengan tentera Mesir. Lakonan pihak tentera ini diperindahkan lagi atas nama rakyat apabila mendapat kerjasama daripada pembangkang lalu diuar-uarkan sebagai kehendak rakyat.
Apabila beliau digulingkan pelbagai reaksi terjelma. Tambahan pula Presiden Mesir sebelum itu Hosni Mubarak adalah seorang jeneral tentera Mesir yang cukup rapat dan disenangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung, apatah lagi disokong ulama tersohor dunia, Prof Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Tiada orang menyangka seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun mampu ditumbangkan dengan perhimpunan rakyat selama kira-kira 10 hari.
Kesan kejatuhan Mubarak
Namun semua ini tidak menarik perhatian Prof Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas Ikhwanul-Muslimim, al-Syahid Hasan al-Banna. Beliau daripada awal mengkritik kebangkitan rakyat Mesir dengan menyatakan bahawa kebangkitan ini adalah kebangkitan kosong kerana rakyat Mesir masih asing dan belum benar-benar memahami erti sebuah perubahan.
Beliau menyatakan dengan tegas dalam tulisan terkini di laman sesawangnya, mengenai beberapa kecacatan dalam perubahan yang diusahakan rakyat Mesir pasca Hosni Mubarak. Antaranya ialah mempercayai tentera Mesir benar-benar tidak terbabit lagi dengan politik negara. Pada pandangan beliau, kejatuhan Mubarak membentuk satu laluan bagi generasi baru kepemimpinan tentera untuk terbabit dalam ehwal pentadbiran negara bertopengkan kerajaan rakyat.
Beliau menyatakan: “I noted an army high command declaration that the presidential election was temporary, for a six-month to one year period.” (Saya ambil perhatian dengan deklarasi pimpinan tertinggi tentera bahawa pilihan raya presiden hanya bersifat sementara, untuk tempoh enam bulan hingga setahun).
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Amerika sebenarnya tidak berminat dengan kerajaan Morsi walaupun diangkat menerusi demokrasi, tetapi lebih berminat untuk menjalinkan hubungan dengan tentera Mesir. Lakonan pihak tentera ini diperindahkan lagi atas nama rakyat apabila mendapat kerjasama daripada pembangkang lalu diuar-uarkan sebagai kehendak rakyat.
Amerika terancam kemenangan Morsi
Perkara ini tidak sukar untuk difahami kerana Amerika yang sentiasa menjadi budak suruhan Zionis berasa terancam dengan kemenangan Morsi. Tambahan pula rakyat Palestin, terutama di Gaza mendapat nafas baru dan semakin bersemangat untuk menentang kezaliman Zionis dengan pelantikan Morsi.
Perkara yang lebih penting pada pandangan Tariq Ramadhan ialah kemampuan dan kebolehan pimpinan Ikhwanul-Muslimin memahami keadaan dan situasi semasa. Beliau masih berpandangan bahawa pembabitan Ikhwanul-Muslimin dalam pemerintahan atau lebih tepat lagi pilihan raya adalah satu perangkap. Ia dapat dilihat apabila berlaku penolakan terhadap semua usaha Morsi untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan pembangkang.
Dia ditentang daripada segenap penjuru dan terus terjerumus apabila membuat kesilapan demi kesilapan sehingga membangkitkan kemarahan rakyat awam terhadap pemerintahannya. Akhirnya dia dilihat tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat Mesir. Ini ditambah apabila beliau berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat bantuan dari luar bagi membangunkan ekonomi Mesir.
Kesabaran rakyat Mesir dinanti
Tingkah laku yang amat mencolok mata lebih jelas apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang selama ini mengenakan pelbagai syarat yang mungkin tidak dapat dipenuhi kerajaan Morsi di Mesir, kini mempertimbang untuk menghapuskan syarat itu bagi membangunkan ekonomi Mesir.
Jelas permainan yang licik dimainkan oleh Amerika. Walaupun pada mulanya dilihat sebagai enggan mengiktiraf rampasan kuasa tetapi bermain kayu tiga dengan menyokong dilakukan pilihan raya bagi memilih presiden yang baru. Rakyat Mesir sekali lagi tertipu dengan janji manis Presiden Barack Obama ketika berucap di Universiti al-Azhar yang menyatakan keperluan untuk membuka lembaran baru hubungan antara Islam dan Barat.
Pada pandangan penulis, gerakan Islam perlu menilai kembali pembabitan dalam demokrasi ala Barat yang ditaja Amerika. Demokrasi sebegini jelas mempunyai kecenderungan untuk menaikkan individu yang berselera Barat walaupun seteruk mana pun moral dan akhlaknya.
Kini kita sedang menanti sejauh mana kesabaran rakyat Mesir untuk berhadapan dengan provokasi tentera yang membunuh sewenang-wenangnya. Oleh kerana kesabaran ini bakal mengelakkan terjerumusnya Mesir ke dalam kancah perang saudara kerana jika ia berlaku, maka Israel akan lena dalam dakapan Bashar al-Assad dan mimpi ngeri Morsi.
Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
zionis lambang kehancuran dan pasti hancur mereka itu amin
ReplyDeleteamerika tidak pernah terancam dgn kemenangan morsi sbb tentera mesir dibiayai oleh amerika USD1.3bil setiap tahun. perkara pertama yg dilakukan oleh morsi selepas kemenangan ialah menyokong perjanjian camp david dgn Israel, menutup rafah dan terowong ke gaza.
ReplyDelete"Pada pandangan penulis, gerakan Islam perlu menilai kembali pembabitan dalam demokrasi ala Barat yang ditaja Amerika"
ReplyDeleteIni adalah merupakan kesedaran yang perlu ada pada setiap pemimpin islam yang "konon" memperjuangkan negara islam diseluruh dunia. Kisah begini pernah berlaku di Algeria, dimana bila FIS yang berlatarbelakang agama seperti ikhwanul muslimin juga telah digulingkan setelah berjaya dgn cemerlang dlm PRU, malah terus diharamkan selepas itu.
Demokrasi adalah aturcara barat, ia adalah jalan yang dipelo[pori yahudi, kenapa kita memperjuangkan agama yang suci ini berlandaskan sistem yahudi? adakah Allah janjikan kejayaan dunia akhirat dgn sistem yang sama sekali nyata dari musuh Allah ini?
Pada saya, jika kita atau jemaah atau parti yang lari dari menggunakan sunnah baginda, biarpun sebesar dan segah mana popularnya parti tersebut, maka akan gagal juga akhirnya.... hanya kerana tidak mengikut kpd apa yang ditunjuk dan dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
demokrasi ala yahudi bila Islam menang yahudi sakit hati
ReplyDelete