Indonesia larang setiausaha wanita
15 Julai 2013
JAKARTA - INDONESIA. Susulan peningkatan kejadian hamil di luar nikah, Gabenor di wilayah Sulawesi, Indonesia mengarahkan pegawai atasan untuk segera menggantikan setiausaha wanita kepada lelaki atau wanita berusia.
Gabenor wilayah Gorontalo di utara Sulawesi Rusli Habibie berkata, beliau banyak menerima aduan berhubung masalah itu sejak akhir-akhir ini.
"Perkara ini terjadi disebabkan setiausaha wanita jauh lebih muda dan bergaya menyebabkan ketua mereka terpikat dan kerap dibawa ke luar daerah kerana layanan yang jauh lebih bagus dari isteri mereka," katanya kepada AFP.
Menurutnya, arahan penukaran setiausaha itu dikuatkuasakan serta-merta.
"Pegawai atasan boleh mengambil setiausaha yang sama jantina atau wanita berusia," katanya.- sumber
terbaik.
ReplyDelete