Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 16, 2013

Kali Ini Aku Sokong Syed Ali Seratus Peratus

Mengapa pasangan hina Ramadan dibebaskan?
July 16, 2013
Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu, kata Datuk Syed Ali Alhabshee.
PETALING JAYA: Umno Cheras mempersoalkan mengapa pihak berkuasa  tidak berani mengambil tindakan terhadap paasangan bukan Islam yang mempersenda Ramadan.
Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu, kata ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee.
Katanya, jika pihak berkuasa agama dan termasuk mereka yang bertanggungjawab dalam undang-undang tidak bertegas dalam perkara ini, akhirnya ‘kepala umat Islam’ di negara ini akan terus dipijak oleh bukan Islam.
Beliau  menambah aruah umat Islam di negara ini akan berterusan berada di tahap yang paling hina jika pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee dilepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Pasangan itu  mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan mengucapkan ‘selamat  berbuka puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan.
Menurutnya,  pasangan tersebut yang sebelum ini terkenal dengan blog seks sepatutnya didakwa di mahkamah dan wajar dijatuhkan hukuman setimpal agar menjadi teladan dan peringatan kepada mereka yang sengaja mempersenda dan menghina kemuliaan agama Islam.
Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menjelaskan bahawa Alvin dan Vivian boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, tetapi mengapa sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan  yang dibuat.
`Dwi standard’
Syed Ali berkata, beliau bimbang akibat daripada itu, akan menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan umat Islam bahawa penguatkuasaan undang-undang  berhubung kesucian agama Islam di negara ini dilakukan tidak tegas dan ‘dwi standard’.
Beliau menyebut contoh bagaimana pihak berkuasa agama begitu ‘tegas’ setiap kali datangnya Ramadan terhadap mana-mana individu Islam yang tidak berpuasa dengan peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh dipenjara atau dikenakan denda jika sabit kesalahan.
“Tetapi dalam isu dua anak Cina yang hina umat Islam dengan sup tulang babi dibiarkan bebas hanya dengan ucapan minta maaf, ini akan menimbulkan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap ketelusan pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang,” tegasnya.
Katanya, apabila rakyat marah kepada kerajaan secara tidak langsung mereka akan menunding jari terhadap Umno sebagai parti tonggak kerana tidak berani mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam  apabila secara nyata dihina oleh bukan Islam.
“Ini sesuatu yang serius, saya bimbang masyarakat umum akan menyalahkan Umno dengan dakwaan tidak berani bertindak terhadap bukan Islam yang hina agama kita, akhirnya orang Melayu dan umat Islm mula akan menjauhkan diri daripada parti,” tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, pihak berkuasa agama seharusnya lebih sensitif dan peka terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat untuk menimbulkan kemarahan umat Islam menerusi penghinaan terhadap kesucian agama Islam.
“Pihak berkuasa kena siasat secara serius, kenapa mereka berani hina dan cerca agama Islam menerusi laman-laman sosial, apa motif mereka dan siapa sebenarnya dalang disebalik perbuatan biadab itu,” tegasnya dalam blognya hari ini. - sumber

2 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Reman pon tak brani dibuat kepada dua ekor mangkuk tue.... Pelik aaa...

    MiloSuam, KerajaanRakyat, AdukaTaruna dan PapaGomo pon kena reman.... takkan la mangkuk dua ekor nih tak kena reman...

    Aper daaa..

    ReplyDelete
  2. Demi pangkat n kuasa islam dhina sehina hinanya x mngapa...itulah umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa