Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 17, 2013

Lisa Surihani jadi badak air

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
16 Julai 2013
BARISAN selebriti terkenal dari Malaysia, Singapura dan Brunei bakal memeriahkan hari raya Aidilfitri pertama melalui filem animasi popular, Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang telah dialih suara kepada Bahasa Melayu.

Antara selebriti terlibat adalah Hafiz Suip (Alex the Lion), Lisa Surihani (Gloria the Hippo), Fahrin Ahmad (Melman the Giraffe), Taufik Batisah (Marty the Zebra) dan Najip Ali (Julien the Lemur).

Selain itu, beberapa artis lain turut memeriahkan Madagascar 3 seperti Jazz Hassan, Hazama, Didi Alias, Zahid, Ray, Adifashla, Farish Aziz dan Nabila Huda.

Madagascar 3 akan bersiaran di HBO saluran 411 atau HBO HD saluran 431 pada jam 8 malam.

Selebriti-selebriti terlibat mengakui teruja ketika dilamar untuk membawakan karakter tersebut.

"Saya teruja sebab saya suka Madagascar. Saya menonton filem itu berkali-kali untuk memahami jalan cerita sepenuhnya.

"Saya juga cuba untuk tidak meniru watak itu supaya bunyinya itu nanti sangat Malaysia dan tidak terlalu Inggeris," katanya pada sidang media, hari ini.

Ketika ditanya soal pemilihannya dalam watak itu, Lisa berkata, watak Gloria sinonim dengan dirinya.

"Mungkin kerana...sebenarnya saya dengan Gloria sama. Walaupun saiz tak sama tapi perwatakan sama. Dalaman saya selalu Gloria," katanya.

Bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut, satu siri jelajah HBO Presents DreamWorks's Madagascar 3 akan diadakan di Sunway Piramid bermula 26 hingga 28 Julai ini.

Beberapa artis yang terlibat juga bakal memeriahkan siri jelajah itu.

Madagascar 3 mengisahkan tentang empat sekawan terkenal Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo cuba untuk pulang ke rumah di New York.

Perjalanan itu membawa mereka ke Eropah di mana mereka berhadapan dengan ugutan Pegawai Kawalan Haiwan Perancis, Kapten Chantel DuBois.

Dalam usaha melarikan diri dari pegawai tersebut, empat sekawan ini menyertai sarkas jalanan yang bermasalah.

Ikuti pengembaraan mereka dalam Madagscar 3: Europe's Most Wanted pada 8 Ogos ini

2 comments:

  1. Kalau aku kata ada sorang lagi yang lebih sesuai jadi badak air... hilang pulak pahala puasa aku di Ramadhan ini... fikir sendirilah sahabat nooooo.

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah kah!

    ingatkan apa la,

    rupanya lawak sahur ni.

    kah kah kh kha kah kah!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa