Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 14, 2013

Malaysia Dah Kembali Ke Zaman Cowboy?

Kalau dah tembak menjadi biasa
Bunuh menjadi lumrah
Rogol dan rompak tidak ada yang ambil kisah
Nak kata apa lagi?
Selamatkah kita, keluarga dan harta?

Published: Ahad Julai 14, 2013 MYT 10:38:00 AM
Seorang Mati, Dua Cedera Parah Dalam Insiden Tembakan Di Butterworth
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas mereka ditembak oleh dua lelaki yang menunggang motosikal di Uju Batu, Bagan Dalam di sini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai M. Ravindran, 19, yang ditembak sebanyak tiga kali berhampiran dengan tulang rusuk kiri.

Dua lagi mangsa, berusia 51 dan 18 tahun, dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan dalam kejadian pada pukul 10.30 malam pada Sabtu.

Ketiga-tiga mangsa dikatakan menunggu di luar sebuah kuil sementara menunggu hujan berhenti sebelum insiden tembakan berlaku.

Suspek yang datang menggunakan motosikal pergi ke arah mereka sebelum salah seorang daripadanya mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, lelaki bersenjata itu melepaskan sekurang-kurangnya enam tembakan kerana polis menemui enam peluru di tempat kejadian.

1 comment:

  1. tikam menikam tembak menembak tak lama lagi letup meletup dekat raya hai apa nak jadi hidup pun jauh dari agama maka Allah datangkan bala kita pakat rasa semua.amanah kalau tak pegang macam macam boleh jadi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa