PANDANGAN DAN PENDAPAT
BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI
MENYOKONG YANG BENAR
MENENTANG YANG SALAH
DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Saturday, July 13, 2013
Masa Ni Lah PAS Kena Jawab Dengan Terang Dan Berfakta!
PAS mesti bercakap dengan fakta dan Nas yang terang untuk yakin dan terangkan kepada Pengundi Mereka ini adalah Melayu Kuala Besut bukan Melayu di Johor!
Muhyiddin cabar PAS buktikan dasar BN bercanggah dengan Islam
"Soal akidah ini perkara berat, tuduh orang Islam buat sesuatu yang bertentangan dengan agama. Saya tak boleh nak sebut apa hukumnya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan peletakan batu asas pangsapuri mampu milik empat tingkat di Kampung Lay Out Tok Sabah, Kampung Besut, di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pendidikan Kedua yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Projek perumahan itu membabitkan pembinaan 72 unit rumah mampu milik membabitkan kos RM10.3 juta untuk mangsa ombak besar di Kampung Atap, di sini.
Muhyiddin berkata, pengundi diminta supaya tidak terpedaya dengan tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap BN.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa