Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 18, 2013

Memang Otak Kapur Atau Saja Nak Auta Kita?

Rabu Julai 17, 2013
Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat
KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.
"Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Rabu.
Ahmad berkata kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel dan 90 sen untuk setiap liter petrol RON95.
Katanya, untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter bukan RM2.74 manakala untuk petrol RON95 pula rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter.
"Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON 95 sepatutnya RM2.80 seliter," katanya.
Menurut beliau, gas memasak juga tidak terkecuali menerima subsidi yang besar di mana bagi tong gas memasak seberat 14 kilogram, rakyat membeli pada harga RM26.60 setong berbanding harga yang sepatutnya dijual adalah RM47.46 setong.
"Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.80 setong," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menafikan berlakunya penyeludupan minyak ke negara jiran adalah disebabkan harga minyak yang murah di Malaysia.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani masalah penyeludupan minyak.- mStar
Itu kata Maslan tapi cer tengok carta kat bawah ni 
Malaysia dok nombor berapa?

    No comments:

    Post a Comment

    Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa