Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 12, 2013

Menteri Pula Sambung Auta SPR

'Hanya 1,469 aduan atau hanya 0.0113 peratus daripada 13 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu' - inilah alasannya!
Habis nakkan 13 juta buat laporan baru nak percaya?
Aku dan isteri pun alami juga tapi aku tak buat laporan sebab kalau SPR tidak amanah dan menipu rakyat, tanggunglah kau di akhirat 
- tengok di N3 aku ni
Buat laporan pun tidak ada gunanya terhadap yang bebal dan berkepala batu!
Pokoknya berilah alasan apa pun, rakyat dah tak boleh terima - dah muak....

SPR tidak dedah pembekal dakwat kekal, kata Shahidan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata, ini bagi menggelak sebarang penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, warna dakwat yang digunakan juga tidak diketahui oleh mana-mana pihak sehingga hari mengundi.
"Kalau kita beritahu siapa syarikat yang membekal dakwat, nanti semua orang pergi beli dakwat, (dan pada masa pilihan raya) celup jari dan berbaris. Cakap dia dah celup jari mahu minta kertas undi sahaja. Ini soal keselamatan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai dakwaan bahawa dakwat kekal itu tidak kekal, beliau berkata pihak berkuasa hanya menerima 1,469 aduan atau hanya 0.0113 peratus daripada 13 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Saya mengesyaki ada pihak yang berniat jahat dengan menyapu bahan kimia lain ke atas jari mereka untuk menghilangkan kesan dakwat itu," katanya.
Shahidan berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, kerajaan membelanjakan RM7.1 juta untuk pembelian dakwat kekal termasuk botol, berus, kotak, dakwat dan adunan warna yang tidak terdapat dalam pasaran. - Bernama, 11 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa