Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 13, 2013

Mesir: Kenapa Tiba-Tiba Nada US Berubah?

Adakah mereka telah terhidu kelemahan proxy mereka di sana?

Sabtu Julai 13, 2013
AS Gesa Tentera Mesir Bebaskan Morsi
Penyokong-penyokong Presiden Mohamed Morsi mengadakan protes di Ramsis, Kaherah, Jumaat.Mereka akan mengadakan beberapa himpunan di Kaherah menyatakan bantahan keganasan tentera terhadap Presiden Morsi yang digulingkan. -foto EPA
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menggesa pemimpin tentera dan kerajaan interim Mesir supaya membebaskan Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi untuk kali pertama sejak beliau ditahan lebih seminggu yang lalu.
Jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata AS bersetuju dengan rayuan Jerman sebelum ini agar Morsi dilepaskan dan mereka membuat permintaan secara "terbuka" yang sama.
Morsi telah ditahan di sebuah "tempat selamat," menurut pemimpin interim dan tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak digulingkan pada 3 Julai.
Beberapa hari lepas, ketika mengutuk penangkapan sewenang-wenangnya itu, Psaki enggan mengatakan sama ada pentadbiran AS percaya sama ada Morsi perlu dibebaskan atau sebaliknya.
Psaki berkata beliau "pada hari ini" membuat panggilan untuk melepaskan Morsi "secara umum", tetapi enggan untuk mengatakan apa yang telah menyebabkan AS mengubah pendirian.
"Kami telah menyatakan kebimbangan dari awal ...tentang penangkapannya, mengenai penangkapan ahli-ahli Ikhwanul Muslimin bermotifkan politik sewenang-wenangnya," katanya.
Pegawai AS juga sering berhubungan dengan semua sektor masyarakat di Mesir, tegasnya.
Penyokong Ikhwanul Muslimin dan mereka yang menentang penggulingan presiden Morsi telah mengadakan perhimpunan berasingan di Kaherah pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumpahan darah di negara Arab yang paling ramai penduduk itu.
"Kami terus menggesa agar memberi layanan yang baik kepada mereka yang ditahan," Psaki memberitahu pemberita.
"Kita masih terus melihat tangkapan ini sebagai bermotifkan politik, dan masih terus percaya bahawa mereka perlu dibebaskan."
Duta AS ke Mesir Anne Patterson juga telah bertemu dengan Presiden Interim Mesir Adly Mansour, katanya.
Psaki berkata pemimpin interim telah membentangkan pelan...tetapi bergerak ke hadapan melalui proses inklusif adalah apa yang kita ingin lihat, katanya.
"Walaupun kita mengakui bahawa Presiden Morsi telah dipilih secara demokratik...ia lebih daripada apa yang berlaku di peti undi. Kebanyakan peralihan demokratik mengambil masa yang lama untuk sampai ke akar umbi dan stabil, terutama berikutan pemerintahan autokratik berdekad lamanya "- AFP

1 comment:

  1. THE DEVIL GEN.MORSI AND THE INTERIM GOVT. ARE WORKING 4 ZIONIST MOSSAD ISRAEL . US . JUST BECAUSE OF AL-QUR'AN AND AL-QUDS ( MASJIDIL AQSA! )INISTIATED BY AL IKHWANUL MUSLIMIN ! www.nasharrawy.blogspot.com

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa