KUALA LUMPUR: Sejumlah 41 individu termasuk seorang yang dipercayai penjawat awam berusia 33 tahun, ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan serentak oleh pihak berkuasa ke atas dua hotel bajet di Brickfields pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, operasi dua jam melibatkan 20 pegawai Imigresen dan lapan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mulai 10 pagi itu, turut menahan 38 pendatang asing dan dua lagi rakyat tempatan.
Beliau berkata, penjawat awam itu yang ditahan bersama pasangannya, seorangwarganegara asing, telah diserahkan kepada pihak JAWI untuk tindakan lanjut.
"Daripada soal siasat, kami percaya lelaki ini bekerja di bahagian sokongan sebuah jabatan kerajaan dan telah menginap di hotel ini sejak semalam (Sabtu). Dia memberitahu sudah berkahwin dengan pasangannya namun tidak dapat menunjukkansebarang bukti," kata James kepada pemberita selepas serbuan itu di sini.
Turut ditahan dua penjaga premis warga tempatan, masing-masing berusia 25 dan 58 tahun kerana bertindak melindungi dan membenarkan warga asing terdiri daripada 31 wanita dan tujuh lelaki itu tinggal di dua hotel berkenaan.
"Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 18 dan 57 tahun itu juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan modus operandi yang digunakan ialah mereka menjadikan hotel sebagai transit.
"Apabila ada pelanggan, mereka akan disuruh menunggu di hotel sebelum dibawa ke tempat lain, atau melayan pelanggan di hotel itu sendiri," kata James sambil memberitahu warga asing yang ditahan itu merangkumi warga Indonesia, Filipina, India, Sri Lanka dan Nepal.
Siasatan awal mendapati mereka menggunakan pas pelawat tamat tempoh atau menyalahgunakan pas kerja.
Kumpulan warga asing dan rakyat tempatan itu ditahan di bawah pelbagai seksyen mengikut Akta Imigresen untuk membantu siasatan. - mStar
Habih la si Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa DAN 20 pegawai Imigresen DAN 8 orang JAWI tu..mesti kena tiaw kaw kaw punya pasni dgn orang/bos depa yg pro UmNO-BN.
ReplyDeleteMana leh buat kacau Bricksfield & lain tempat "Red Light District" KL tempat cari makan si penyangak negara tu. Tahan pun lepas balik buat apa..bila nak selesai masalah PATI/ jenayah warga asing & maksiat kat sana?