Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 16, 2013

Siapakah Yang Tak Takut Dosa?

Mengkhianati amanah rakyat tidak berdosakah?
Kamaruddin Baria tu bukan dari SPR ker?
Kamaruddin Baria pun kalau tidak terpalit, sila nafikan!

Pengerusi SPR nafi kenal rapat dengan pembekal dakwat kekal
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
JULY 16, 2013
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.
“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar).
“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.
Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR.
Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.
Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi.

2 comments:

  1. Bulan Ramadan Al Mubarak sudah cukup mengembirakan dan menggerunkan orang-orang beriman, gembira semua dah maklum dengan perbagai ganjaran dari Allah, menakutkan kerana takut puasa tak diterima, bercakap bohong dan menipu dan lain kemungkaran kecil dan besar.
    Sekarang Pengerusi SPR bercakap untuk timbalan pengerusi sekali menafikan kenal pembekal hampeh ni.
    Melepaskan tanggung jawab kepada Datuk Kamarudin Baria Setiausaha dengan alasan tahap GABAN, "... mereka tak mencampuri urusan urusetia... "
    Apa kejadahnya Pengerusi dan Timbalan tak tau apa yang dilakukan oleh SU.
    Datuk Kamarudin Baria kamu telah dikhianati oleh Pengerusi kamu.... Nak diam sajakah.... Atau memang betul buat kerja syok sendiri saja.
    Wahai Tuan Pengerusi SPR.... Satu pertanyaan untuk renungan.... Halalkah rezki yang kamu beri makan kepada isteri-isteri, anak-anak, cucu-cucu, ibubapa kalau masih ada dan saudara mara kamu. Kalau halal ok.... Kalau tidak yakinlah kamu telah menyediakan mereka untuk jadi bahan bakar Neraka.

    Apalagi dalih kamu, letak jawatan hadapi pertuduhan siap untuk percutian panjang di Sungai Buluh.

    Otai Minyak Beku.

    ReplyDelete
  2. Pengerusi spr n timbalan dajal akhir zaman..celaka n laknat Allah atas kamu n keturunan kamu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa