Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 3, 2013

Siot Betul Pondan Nih!

Masa Persidangan dia hilang
Pastu bising dalam media-Bahlol punya MP MCA ni!

Published: Rabu Julai 3, 2013 MYT 6:48:00 PM
Liang Pertahan Dakwaan Anwar Ada 20 Akaun Luar Negara
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mempertahankan pendedahannya di Dewan Rakyat mengenai dakwaan yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank luar negara.
Menurut Liang, tujuannya mendedahkan dakwaan berkenaan bagi mendesak kerajaan menyiasat kebenaran maklumat yang diperolehinya daripada Internet kerana tidak mahu berlakunya campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia.
Tegas Liang, campur tangan kuasa asing merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan dan memerlukan siasatan yang telus bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
"Dalam Internet ada tuduhan bahawa Anwar memiliki 20 akaun di luar negara yang berjumlah ratusan juta semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sembilan akaun itu berada di Israel National Bank.
Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel jadi apa kaitan Anwar dengan Israel?
"Isu-isu campur tangan asing inilah yang saya minta penjelasan dan jawapan konkrit daripada kerajaan. Sekiranya benar ada kuasa ketiga hendak menumbangkan kerajaan, kita tidak boleh memperlekehkan perkara keselamatan dan kedaulatan ini," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu.
Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).
Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China yang lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Mengulas mengenai hasrat pembangkang untuk mengheretnnya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen, Liang berkata, tindakan itu bertujuan menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan mengenai campur tangan asing dalam politik di negara ini.
"Saya dapat maklumat ini daripada Internet, Anwar boleh cakap maklumat ini tiada dalam Wikileaks tetapi saya memohon siasatan oleh kerajaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam politik di negara ini," katanya.
"Saya cuma minta penjelasan dan terpulang kepada kerajaan, saya tiada masalah untuk meminta maaf sekiranya siasatan mendapati maklumat ini tidak benar. Tapi kalau ada orang yang disabitkan kesalahan (kerana berkomplot dengan kuasa asing) dan dibuktikan ada bersalah, dia hendaklah dijatuhkan hukuman sebagai pengkhianat negara," katanya

2 comments:

  1. Mabuk kot mp ni..meraban je..

    ReplyDelete
  2. Dalam parlimen tadi kecut macam TAK ADE TELOR.Di luar berkokok le pula......Pi lah kaki pengampu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa