Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 8, 2013

SPR Berotak Lembab?

Setelah mungkin berlaku kebuntuan/Kerajaan Negeri tergantung di Terengganu barulah tersedar dan baru terfikir?

Nak kata bodoh, semuanya educated (Pengerusi & Timbalannya) 
Mungkin mereka ni lembab sikit...... 

Tengoklah cara dan kenyataan mereka melepaskan tengkok tentang Dakwat kekal dan blackout semasa pengiraan undi di PRU13 yang lalu
Samalah juga kata-kata mereka menangkis rungutan dan bantahan 'Pengundi Hantu'

SPR: Bilangan genap kerusi DUN, Parlimen akan dijadikan angka ganjil
JULY 08, 2013
Bilangan genap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sesetengah negeri serta Parlimen akan dijadikan jumlah ganjil melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang kajian mengenainya akan bermula hujung tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata bagaimanapun SPR akan melihat kepada kesesuaian sebelum melaksanakannya.
"Ini satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan semula. Cadangan menjadikan jumlah kerusi kepada angka ganjil itu bukan satu asas untuk kita buat (persempadanan semula) kerana asas pentingnya ada perkara lain mengikut Perlembagaan, tapi satu daripada pertimbangan SPR adalah angka genap," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam penghargaan kepada petugas pilihan raya umum ke-13 di negeri Perak di sini malam tadi, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menentukan pihak yang perlu menjadi pemerintah apabila berlaku keputusan seri dalam pilihan raya.
Mengenai 'post-mortem' PRU13 yang diadakan di Selangor, Melaka, Sabah, Perlis dan Kedah, Abdul Aziz berkata kebanyakan petugas SPR menghadapi masalah yang sama selain berlaku beberapa kelemahan serupa dalam aspek teknikal.
Beliau berkata kelemahan dalam aspek kursus dan latihan praktikal untuk petugas pilihan raya serta beberapa masalah teknikal lain yang disuarakan oleh petugas SPR melalui post mortem itu akan diperbaiki di samping memberi penambahbaikan.
"Semua perkara ini diteliti supaya tidak berlaku lagi kesilapan teknikal yang tidak mengakibatkan atau mengubah bilangan yang menang atau kalah...maklum balas yang kita terima akan diperbaiki," katanya.
Sebagai contoh, katanya, SPR akan membuat perbezaan mengenai ejen calon pilihan raya semasa pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu 24 Julai ini.
"Ejen calon sebelum ini mengenakan pas dengan warna yang sama, sedangkan mereka mungkin ejen calon untuk ditempatkan di barong SPR, ejen calon di bilik mengundi atau ejen untuk pengiraan undi. Mereka tidak dapat dilihat secara mudah kerana pas mereka berwarna sama," katanya.
Abdul Aziz berkata kelemahan SPR semasa PRU13 tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai penipuan oleh SPR.
Ini, katanya, kerana sistem pilihan raya membenarkan proses itu dihadiri ejen calon dari mula penamaan calon sehinggalah pengiraan undi dengan kesemua proses pilihan raya adalah jelas dan tegar, katanya. - Bernama, 8 Julai, 2013 - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa