Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 5, 2013

SPRM Digesa Badan Antarabangsa Untuk Bertindak?

Macam mana nak raih kepercayaan rakyat kalau sesetengah kes kena tolak baru bergerak!
Badan antarabangsa pulak tu....
Patutlah sebelum ini selepas kena sergah oleh Taib sejuk dan diam tak berkocak!
Bikin malu
Badan pemantau rasuah antarabangsa gesa SPRM bertindak terhadap Taib
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
JULY 05, 2013
Badan pemantau rasuah antarabangsa, Global Witness (GW) menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kelewatan melengkapkan siasatan terhadap tuduhan amalan rasuah dan salah guna kuasa yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
GW dalam satu kenyataan berkata, siasatan sudah bermula sejak Jun 2011 dengan kewujudan bukti yang agak banyak, tetapi, tiada tindakan diambil terhadap Abdul Taib.
GW turut mendesak SPRM meminta Abdul Taib mengisytihar semua aset antarabangsanya - termasuk syarikat pesisir luar yang diiliki keluarganya.
"Tindakan segera perlu diambil, GW menggesa SPRM meminta serta merta Taib untuk mengisytiharkan semua aset antarabangsanya termasuk syarikat pesisir pantai yang dimiliki keluarganya. Taib juga perlu disoal bagaimana syarikat milik keluarganya kini menguasai banyak tanah ladang kelapa sawit. GW akan menyokong audit seumpama itu sebagai kaedah pemulihan segera di samping siasatan SPRM untuk mencegah penyalahgunaan pejabat awam di Sarawak," katanya.
GW mula terkenal di tanah air apabila menyiarkan rakaman video perbualan antara penyiasat peribadinya dengan dua sepupu Abdul Taib, sebelum Pilihan Raya Umum ke13 lalu.
Datuk Paul Low pada ketika itu adalah Pengerusi Tranparency International - Malaysia menggesa kerajaan untuk menubuhkan panel yang adil dan pengaudit luar yang dihormati untuk memeriksa dan mengenal pasti kes rasuah dan penyalahgunaan pejabat awam berkenaan sumber negeri dan urusan tanah.
"GW memuji Low sebagai seorang yang anti rasuah dan salah guna kuasa termasuk memerangi rasuah dan meningkatkan ketelusan. Bagaimanapun, GW menekankan bahawa Low yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu memastikan reformasi yang dijanjikan itu dilaksanakan," katanya.
SPRM menubuhkan pasukan gerak kerja dengan 10 penyiasat dan dikatakan turut menerima bantuan daripada Jabatan Peguam Negara bagi menyiasat tuduhan terhadap Ketua Menteri itu.
Pada Selasa lalu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dalam ucapannya di Parlimen memberitahu senarai 24 plot tanah diperoleh bawah aras nilai pasaran serta menunjukkan dokumen berkaitan enam tanah berjumlah 89,025 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Kuching.
Sehari selepas itu, penyiasat SPRM mengunjungi Chong untuk meminta dokumen atas dakwaan itu. Abdul Taib, yang sudah 32 tahun mentadbir Sarawak dilanda kontroversi penyalahgunaan kuasa sejak sekian lama. Bagaimanapun, Ketua Menteri itu menolak tuduhan itu dan menggelar SPRM `nakal', dan menyatakan beliau tidak akan bekerjasama dengan mereka yang tidak berdepan dengannya. - 5 Julai 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa