Manusia yang tahu bersyahadah juga yang menjatuh dan menghina Islam
Nasora dan Yahudi juga yang bertepuk tangan
Keturunan Atartuk ada di mana-mana dan di sebarang zaman!
PAS kesal Morsi digulingkan, kutuk tentera guna ulama
PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi(gambar) dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang.“Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.
Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Morsi ke tampuk kuasa.
“Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.”
Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya awal pagi ini turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.
Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.
Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.
Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu.
Mohamed Morsi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun. – 4 Julai, 2013.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa