Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 11, 2013

Tentera Dajjal Dah Terdesak

Arab Saudi dan UAE rupanya Proxy Dajjal terpenting di Timur Tengah!
Sekarang nampak belang dan cukup terang warna bendera Yahudi dan USA di Istana pemeritah negara-negara tersebut 

Ibn Saud patut di persalahkan mendahului Yahudi dan Nasora.....

Kini Tentera Dajjal ini bergabung meruntuhkan sebuah Kerajaan Islam di Mesir sekarang sudah mula terdesak dan cuba meraih sokongan

Mesir mulai terdesak
SH - 11 Julai 2013
Ribuan penyokong Mursi menuntut tentera bertanggungjawab 
terhadap puluhan kematian di Kaherah.

KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir kini disifatkan sebagai 'takut bayang-bayang sendiri' apabila mula melakukan pelbagai sekatan terhadap negara jiran yang menjadi penyokong kuat Presiden Muhamed Mursi.

Dipetik Press TV, selepas terowong di selatan Gaza dan Mesir di sempadan Rafah dimusnahkan sehari selepas penggulingan Mursi, negara itu kini mengenakan syarat baru di mana rakyat Syria berkunjung ke Mesir perlu memohon visa susulan konflik politik yang sehingga kini meragut lebih 50 nyawa.

Sumber konsulat Mesir melaporkan, rakyat Syria yang mahu berkunjung ke Mesir perlu memohon visa di Kedutaan Mesir.

“Keputusan kelulusan visa, akan diberitahu dalam tempoh 10 hingga 15 hari selepas permohonan dibuat,” katanya.

Menurutnya, syarat terbabit tidak dipastikan sama ada berkuat kuasa sementara atau kekal.

Dalam perkembangan lain,  jurucakap Persaudaraan Islam Mesir, Tareq al-Morsi berkata, Perdana Menteri sementara, Hazem El-Beblawi mempelawa Ikwanul Muslimin dan Parti Keadilan menyertai kerajaan dengan memberi beberapa jawatan dalam Kabinet.

“Kami mengutuk rampasan kuasa ini dan tidak mengiktiraf kerajaan sementara itu,“ katanya.

Menurutnya, kumpulan gerakan itu juga tidak berhasrat mengadakan perbincangan dengan kerajaan sementara sehingga penggulingan Mursi dibatalkan.

Sementara itu, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat berikrar meneruskan sokongan terhadap kerajaan sementara dan tentera Mesir.

Raja Saudi, Raja Abdullah mengumumkan bantuan AS$8 bilion (RM25 bilion) diberikan kepada Mesir sebagai tanda sokongan terhadap rampasan kuasa oleh tentera manakala Washington melalui Jurucakap Rumah Putih, Jay Carney mengesahkan bantuan AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) yang diberikan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.

2 comments:

  1. BUNUH SAJA TENTENTERA TU MAACAM ORANG UMNO DI MALAYASIA INI

    ReplyDelete
  2. Sedihnya... memang sebenarnya kita pun boleh nampak dari awal mereka tu sekutu US. Tapi percayalah Islam tetap akan bangkit juga...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa