Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 8, 2013

Utusan Lagakan Pembangkang, 'Baguss!' Star Tulis Tentang BN 'Marah!'

Standard makhluk yang memandang dengan sebelah mata
Marah sehingga minta penjelasan lagi.....
Mana dia polisi kebebasan bersuara yang dilaungkan?

Tindakan The Star 'melaga-lagakan' Sharizat, Syed Ali dipersoal

Tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menimbulkan persoalan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, artikel Joceline itu seolah-olah memperlihatkan kemungkinan akhbar tersebut mempunyai agenda untuk mewujudkan 'publisiti negatif' terhadap pemilihan UMNO akan datang.

"Apakah pihak The Star mempunyai niat untuk mewujud dan mencorakkan persepsi buruk terhadap UMNO?

"Kita juga meminta pengurusan The Star menjelaskan mengenai perkara ini benar atau tidak. Setahu kita ada pihak terutamanya pakatan pembangkang yang cemburu terhadap kestabilan dalam UMNO justeru mereka cuba menggunakan pemilihan parti akan datang untuk mewujudkan provokasi bagi memecah-belahkannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Joceline dan seorang lagi wartawan The Star dalam artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini menyentuh kenyataan Syed Ali yang meminta Ketua Wanita UMNO itu memberi laluan kepada muka baharu menerajui pergerakan tersebut.

Dalam pada itu tambah Mohd. Puad, pihaknya yakin terdapat dalang dalam kalangan Pakatan Rakyat yang cuba mencetuskan huru-hara dalam UMNO.
"Kita harap kepimpinan UMNO akan ambil tindakan tegas terhadap dalang-dalang yang mahu mencetuskan huru-hara dalam proses pemilihan parti yang akan datang ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa