Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 16, 2014

10 Soalan Wan Azizah Ditolak Speaker

Kepada Wan Azizah perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerena beliau adalah orang lama dan berpengalaman 
Pejabat ADUN buat silap dan Wan Azizah sendiri tidak teliti

Kecoh kerana Speaker tolak semua soalan Wan Azizah
 | June 16, 2014
Speaker Hannah Yeoh menolak 10 soalan yang dikemukakan oleh Presiden PKR yang juga Adun Kajang
wan azizahSHAH ALAM: Tindakan speaker menolak semua soalan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menimbulkan kekecohan di kalangan Adun dan petugas media memandangkan beliau adalah Presiden PKR dan berpengalaman sebagai ahli Dewan Rakyat sebelum ini.
Speaker Hannah Yeoh menolak mentah 10 soalan yang dikemukakan oleh Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
Perkara ini berlaku berikutan Wan Azizah tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat DUN.
Perkara tersebut berlaku berikutan kesilapan teknikal kerana soalan yang dikemukakan tidak boleh melebihi 40 patah perkataan sedangkan semua soalan yang disediakan melebihi had yang dibenarkan oleh Pejabat DUN.
Wan Azizah turut menjadi Adun yang telah menghantar soalan paling banyak untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini.

3 comments:

  1. Bila ada peraturan, semua kena ikut. Tak kira Presiden, Menteri Besar atau Exco. Otu baru betul. Jangan jadi macam parliamen yang dijadikan sarkas oleh wakil2 rakyat BN.

    ReplyDelete
  2. kalau dah ada aturan macam tu macam tu la jawapnya.tak kira sapa pun
    manusia buat aturan kalau tak ikut macam biasa tapi kalau ikut nampak macam luar biasa.
    belajar biasakan yang tak biasa

    ReplyDelete
  3. Kan ada klass...ari tu trima isu hudud umngok.kali ni president parti yg memerintah negeri kena tolak.bijak berpolitik.caya lah lu pakatan.kena tepat atas dahi ahli politik malaysia yg bodo...blajarla berpolitik yg matang.x kira lah sokong parti mana...teruk negara angkara umngok memerintah.pakat nak lembukan rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa