Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 16, 2014

Culik Lagi Di Sabah - Selamatkah Sabah?

Dua lelaki diculik di Kampung Sapang Semporna
Published: 16 June 2014 | Updated: 16 June 2014 3:43 AM - MI
Dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di Semporna, Sabah, tengah malam tadi.
Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu dipercayai bernama Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.
Mereka dikatakan diculik kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di Semporna.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Omar Mamah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. – Bernama, 16 Jun, 2014.

1 comment:

  1. Nampaknya begitu mudah pihak keselamatan negara diperkotak-katikkan pengganas Sulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa