Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 14, 2014

Macai UMNO Kata DAP Kapir Harbi Dan DAPig, Yang Ini Pula Kapir Apa? Kapir Khinzir?

MCA akan bantah sebarang usul hudud dari Umno
mk - 3:23PM - 14 Jun 2014

Selepas Umno Selangor berbolak balik mengenai usul hudud di DUN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan menentang sebarang usul atau rang undang-undang berkaitan hudud walau dimulakan oleh Umno pada masa akan datang.Bagaimanapun, sama ada beliau mendesak parti terbesar itusecara langsung supaya menarik balik usul itu, beliau tidak menjawab secara langsung walaupun diasak pemberita beberapa kali.

Sebaliknya ahli parlimen Bentong itu sering menekankan bahawa perkara terpenting adalah "akibat", bukan proses itu sendiri.

Beliau kemudiannya berkata Umno hanya mengemukakan usul mendesak kerajaan Selangor mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud di negeri itu, tidak seperti PAS yang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk menguatkuasakan hudud.

Liow yang juga bekas menteri kesihatan turut menafikan bahawa beliau mempertahankan Umno dengan berhubung kenyataannya itu.

Laporan sebelum ini memetik Liow sebagai berkata beliau tidak dimaklumkan dan diberi taklimat oleh Umno Selangor terlebih dahulu, namun beliau enggan memberi respons mengenainya.

3 comments:

  1. Kapir cadbury ler.....apa lagi!

    ReplyDelete
  2. orang kapir bersatu menentang hudud yang malang lagi ada yang bukan kapir pun ikut sama puak tu.
    dalam negara yang lebih 60% penduduknya Islam boleh jadi macam ni alangkah sedihnya

    ReplyDelete
  3. Kapir harbi jugak tu. Tak caya tanya harus sani. Misti dia berbelit lidah bagi jawapan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa