Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 15, 2014

Pegawai JAKIM Enggan: Memberi Maknakah Kalau Hanya Individu-Individu Ini Yang Makan?

Kalau dah jenis melantak apa saja, apa nak herankan?
Pegawai JAKIM sendiri pun tak nak jamah di depan khalayak......was-was dengan keputusan ujian sendiri ke?
Betul...mereka tak perlu dipaksa!

Pokoknya terpulang pada individu
Kalau dah liur boleh makan...makanlah
Pada aku, kalau tak makan pun takkan kebulur!

blogger UMNO,halal/haram
[PANAS] Hanya Blogger Jamah Cadbury, Pegawai Jakim Enggan 
KUALA LUMPUR: “Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal. - Melissa Sahari/15/6/14


P/s: Mengapa blogger mesra UMNO beria-ria mahu makan Cadbury secara terbuka di depan media? Adakah kerana pemegang saham Cadbury termasuk Felda dan Boustead?

Kalau mahu makan Cadbury, makanlah Cadbury yang dijual sebelum Februari 2014.

Ada berani?

Laporan lain di sini.

via DCM

8 comments:

  1. Makanlah sampai pecah perut

    ReplyDelete
  2. Makanlah sampai pecah perut

    ReplyDelete
  3. Mereka tidak faham apa tuntutan Islam sebenar. Mereka hanyalah LEMBU UMNO.

    ReplyDelete
  4. Puak puak tu mentakedarah apa saja, dia apa kisah kalau setakat ada DNA babi, babi pun dia telan. Dulu DNA anwar kamu boleh pakai, tak kesah pun cara sampel diambil, siapa yang ambil, tapi sekarang bila DNA babi kamu tak nak terima pula.

    ReplyDelete
  5. makan la berapa banyak mau makang pung apa kami kesah

    ReplyDelete
  6. puak2 ni semuanya telan. daun ketum, air mineralllll warna hitam pun halal.

    ReplyDelete
  7. Apa nak diherankan dengan badut2 jenis lembu ni.Jenis dah biasa mentahkedarah apa saja; itu sebab mereka suka buat posting2 fitnah dan lucah.

    ReplyDelete
  8. badut2 ni takat dna babi mana dia org kisah...taik babi pn klu d suruh mkn dia org mkn..tambah2 benda free...bknnye tahu halal haram......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa