mStar - Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 7:02 PM
BEKAS juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher dilaporkan kembali sedar daripada koma yang dialaminya selama enam bulan sejak akhir tahun lalu dan dibenarkan keluar dari hospital di Grenobel, Perancis.
Menurut keluarganya dalam satu kenyataan, Schumacher sudah dibenarkan keluar hospital dan akan menjalani rawatan pemulihan di satu lokasi yang tidak didedahkan.
Terkini, Schumacher dikatakan dimasukkan ke Hospital University Lausanae di Switzerland selepas keluar dari hospital di Perancis.
Schumacher mengalami kecederaan parah pada kepalanya selepas dia terjatuh ketika bermain ski di Pergunungan Alps di Perancis 29 Disember lalu.
Keluarganya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghantar mesej sokongan dengan berkata: "Kami pasti ia (sokongan) membantu dia (untuk kembali sedar."
Tambah kenyataan itu, keluarga Schumacher turut memuji tugas kakitangan perubatan di hospital di Grenoble di tenggara Perancis.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa