KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang anggotanya yang berpangkat Laskar Kanan ditahan polis di Sandakan, Sabah semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan.
TLDM dalam satu kenyataan berkata, anggota yang ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu kini masih dalam siasatan polis.
"Anggota yang ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas 2012) itu masih dalam siasatan polis dan kes akan dikendalikan pihak polis," kata kenyataan itu.
Sementara itu Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas kes itu selesai disiasat pihak polis.
"Kita tidak mengetahuinya. Kita tidak memaafkan aktiviti sedemikian. Ini merupakan kes polis dan kita akan biarkan pihak polis menyiasat. Kita akan mengambil tindakan selepas siasatan mereka selesai," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa