Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 15, 2014

MH370: Air mata anak ketua pramugara kini mengalir lebih laju

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Published: 15 June 2014 | Updated: 15 June 2014 8:39 AM
Gambar kenangan Maira Elizabeth Nari bersama bapanya, ketua pramugara, Andrew Nari yang masih hilang bersama 227 penumpang lain dalam MH370 sejak 100 hari lalu. Gambar fail. 

Hari ini Hari Bapa dan hari ke-100 pesawat MH370 dilaporkan hilang; 
namun Maira Elizabeth Nari, 18, anak perempuan kepada ketua
pramugara Andrew Nari terus dihantui rasa kehilangan dan kekesalan.
"Kami tidak pernah menyambut Hari Bapa. Ayah saya selalu sibuk dengan tugasnya. Tetapi bila kami berpeluang,  kami akan membelikannya kek dan sedikit hadiah," kata Maira kepada The Malaysian Insider.
Nari merupakan ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS) sejak lebih 20 tahun lalu dan merupakan antara 12 anak kapal MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu.
"Saya lebih rindukannya sekarang. Air mata lebih mudah mengalir apabila saya fikir saya lebih kuat.
"Sudah 100 hari. Saya sepatutnya lebih tabah bukan? Tetapi setiap kali saya dan keluarga bercakap tentang ayah, kami jadi lemah," kata Maira, anak sulung Nari dan Melanie Antonio yang juga mempunyai adik lelaki, Malcolm, 14.
Maira, pelajar jurusan Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berkata jadualnya padat namun rasa kosong itu tetap dirasai.
Daripada perasaan itu, Maira lebih kesal yang amat sangat dan tidak dapat dilupakannya.
"Saya harap dapat undurkan masa ke malam 7 Mac. Malam di mana ibu dan adik menghantar ayah menaiki pesawat.
"Saya tidak ikut kerana saya baru pulang ke rumah dan masih berasa letih. Saya masih ingat dia berdiri di muka pintu bertanya sama ada saya mahu ikut menghantarnya.
"Ayah mengucapkan selamat tinggal, jaga diri dengan mengukirkan senyuman dan berlalu pergi.
"Saya sepatutnya ikut menghantar ayah. Saya tidak dapat maafkan diri saya kerana mengatakan tidak pada malam itu," katanya.
Kekesalan menghantuinya; kesibukan seharian membuatkannya sedar perkara kecil seperti itu amat penting.
"Saya ambil ringan semua perkara. Bagaimana saya boleh kembalikannya semula?"
Selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac, Maira menggunakan Twitter bagi meluahkan perasaannya. Kiriman tweet kepada bapanya melalui akaun @Gorgxous menarik perhatian dunia.
Dia kini mempunyai 101,000 pengikut dan tweetnya dikirim semula lebih 69,000 kali.
Peminat bola sepak Liverpool seluruh dunia turut berasakan kesedihan Maira selepas dia mengirimkan tweet semasa Liverpool menentang Manchester United pada Mac lalu.
"Ayah, Liverpool mendahului. Baliklah menyaksikannya. Ayah tidak pernah terlepas. Ini kali pertama," katanya melalui Twitter.
Menerusi tweet itu, dia menerima jersi Liverpool dengan tandatangan pengurus kelab, Brendan Rogers dan pemain pada 13 April.
Jersi nombor 1 dengan nama Andrew Nari dikelilingi tandatangan pengurus dan pemain kelab itu merupakan inisiatif tiga rakyat Malaysia yang berkunjung ke Anfield bagi menyaksikan perlawanan menentang Tottenham dan berjaya mendapatkan tandatangan berkenaan. – 15 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa