Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 16, 2014

Adakah Ini Contoh Pihak Berkuasa Agama Yang Patut Dihormati?

Kalau polis tu dah lama dan dah lali insiden begini berlaku
Rakyat dah maklum......
Contoh - Wanita menang saman terhadap anggota polis
Polis dan JAIS tidak berperikemanusian
 | October 16, 2014
Seorang ejen insuran dan unit amanah berkata beliau telah ditumbuk, diterajang, digari dan kaki diikat dengan getah paip kerana dituduh melakukan khalwat dan bersekedudukan.
JAISKUALA LUMPUR: Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan apabila bertindak diluar bidang kuasa yang sebenar dengan memukul tanpa usul periksa.
Mangsa, Hashim bin Mohd Said, 48, seorang ejen insuran dan  unit amanah berkata beliau telah ditumbuk, diterajang, digari dan kaki diikat dengan getah paip kerana dituduh melakukan khalwat dan bersekedudukan dengan wanita bukan muhrim.
Katanya, pihak JAIS sepatutnya menunjukkan kad jabatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan kepada beliau. Tindakan dua pihak berkuasa tersebut secara terang-terangan menyalahi undang-udang.
“Mereka hanya menunjukkan baju yang dipakai bertulisan JAIS sahaja dan langsung tidak memperkenalkan diri kepada saya,” katanya.
Hashim berkata, ekoran daripada kejadian itu juga beliau bertindak menfailkan saman RM1 juta terhadap pihak polis dan JAIS atas dakwaan salahguna kuasa walaupun kejadian tersebut berlaku pada 2008.
“Sehingga hari ini kes saya masih lagi tidak dibicarakan selepas lapan tahun berlalu.
“Saya meminta pihak mahkamah supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pihak berkuasa itu supaya keadilan dapat dituntut agar apa yang berlaku kepada saya tidak terjadi kepada orang lain,” ujarnya.
Sementara itu Peguam Hashim, Noor Azah Azizan berkata beliau menuntut keadilan dan pembelaan yang sewajarnya dilakukan terhadap anak guamnya.
“Pihak berkuasa berkenaan tidak sepatutnya mengambil  tindakan memukul anak guam saya sedemikian rupa kerana beliau tidak melakukan kesalahan jenayah,” kata Azah dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Azah berkata pihaknya akan memastikan anak guamnya berjaya mendapat pembelaan dengan membawa kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, Pengarah Exsekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Yap Swee Seng berkata tindakan itu merupakan tindakan yang serius di mana melibatkan pelanggaran hak asasi manusia berlaku.
Pihaknya juga menyeru supaya dua pihak berkuasa berkenaan tampil memberi penjelasan kepada orang awam supaya masyarakat mengetahui apa yang berlaku.
Jelas Swee, pihak berkuasa berkenaan perlu melatih pegawai mereka sebelum melakukan tugasan supaya hak rakyat dihormati.

3 comments:

  1. Tuan...

    ... kalau menang saman tu, sape yang bayaq?... guna duit pembayar cukai ke?... letihlah melayan kerenah penguatkuasa yang tak ikut SOP nie...

    ReplyDelete
  2. Anon 4:34 PM

    Kalau jabatan tu, duit kitalah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa