Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 16, 2014

Ku Li Pula Menjolok Dengan Nada Marah!

Royalti Kelantan Ku Li dah jolok
Tun Salleh Abas dah tebas
Tapi sekarang sape nak dengar Ku Li?
Sape nak hormat Tun Salleh Abas?
Lagikan dengan Mahathir pun mereka buat-buat tuli!

Ku Li gesa semak semula ‘kuasa mutlak’ menteri kewangan
Published: 16 October 2014
Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada hadirin di forum Transformasi Barah Ali Baba Di Bumi Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Oktober, 2014. 

'Kuasa mutlak' yang diperuntukkan kepada seorang menteri kewangan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 perlu disemak semula kerana ia membuka peluang kepada rasuah, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Pemimpin veteran Umno itu berkata, kelemahan dalam akta tersebut membolehkan menteri memberi sesuatu kontrak kepada mana-mana pihak menerusi rundingan terus.
"Jika kita mahu kawal rasuah, kena kaji Akta Prosedur Kewangan. Akta tersebut memberi kuasa mutlak kepada menteri kewangan, menerusi Parlimen," kata Tengku Razaleigh, atau lebih popular sebagai Ku Li pada satu sidang media hari ini.
"Terdapat banyak kelemahan di situ. Sebagai contoh, rundingan terus. Itu ialah kuasa menteri kewangan. Kamu datang ke pejabat saya, beritahu saya kamu hendak buat jambatan dan sebagai menteri kewangan, saya boleh beri kamu projek itu,” katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara tersebut tidak beretika kerana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan mengingatkan Putrajaya yang kekayaan negara yang mereka uruskan bukan milik "ibu bapa" mereka.
"Ini adalah wang rakyat yang dikutip daripada cukai. Kita tidak boleh guna sesuka hati. Kita perlu guna kaedah yang betul, dan kaedah terbaik ialah menerusi tender terbuka,” katanya. – 16 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa