Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 31, 2014

Dalam PAS Juga Ramai Penjilat!

Rupanya Haji Hadi untouchable pada mata orang-orang PAS
Tak boleh ditegur, tak boleh dikritik!
Nampaknya orang Pulau Pinang ni sama saja spesisnya baik UMNO atau pun PAS

Pemuda Pas Pulau Pinang bantah kehadiran Khalid Samad
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 30 OCT 2014

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang menggugut tidak akan menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Sabtu ini sekiranya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad dijemput sebagai pengulas program.
Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, sayap parti negeri itu masih belum dapat menerima kehadiran Khalid berikutan kelantangan Ahli Parlimen Shah Alam itu mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
"Kita menghantar surat bantahan ini ke perhatian Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang agar mereka menilai semula pemilihan Khalid sebagai pengulas kedua program ini,” katanya.
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden diadakan di setiap negeri dengan Abdul Hadi akan menyampaikan ucapan dasarnya kepada pemimpin, ahli dan penyokong parti itu.
Menurut Mohd Yusni, kepimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri ada menerima jemputan daripada Badan Perhubungan Pas Negeri agar menghadiri Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat negeri pada 1 November ini.
Katanya, beliau akan membuat bantahan kepada Badan Perhubungan Negeri berhubung kehadiran Khalid.
"Bantahan ini dibuat kerana kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh Khalid sering kali bertentangan dengan arahan Presiden dan Majlis Syura Ulamak muktakhir ini.
"Oleh yang demikian, pihak kami tidak akan menghantar wakil sekiranya program tersebut turut dihadiri Khalid," katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan salah seorang daripada dua wakil Pas Pusat itu dalam kalangan ulamak supaya ucapan dasar presiden terus beristiqamah dan difahami sebaik mungkin oleh peserta. - MalaysiaGazette

23 comments:

  1. Dewan Pemuda PAS PP tak mau hadir? Tak payah hadir... buang karan je budak-budak pemuda PAS tu. Kalau ditanya apakah aktiviti yang nak dilakukan untuk Dewan Pemuda PAS.

    Jawapan yang akan diberi:

    Main bola, main bola, main bola.
    Tengok bola, tengok bola, tengok bola.
    Konvoi, konvoi, konvoi.
    Lawatan, lawatan, lawatan
    Kami Sokong Tok Guru Buat Fitnah, Kami Sokong Tok Guru Buat Fitnah, Kami Sokong Tok Guru Buat Fitnah,
    Anwar jahat, Anwar jahat, Anwar jahat.

    Bukannya nak bincang isu-isu negara:

    Macam mana kita nak rapatkan perpaduan rakyat supaya PAS lebih dipandang dominan.

    Macam mana kita nak menguruskan jurang perbezaan pendapat dan menerima perbezaan itu.

    Bagaimana kita nak memenangi kerja-kerja kebajikan agar PAS boleh dilihat mampu untuk menjaga rakyat sekiranya menang di dalam PRU nanti (mimpilah).

    Apakah statistik sosio-ekonomi setempat, macam mana kita nak merancang agar Kawasan kita boleh dinaik tarafkan dan dimajukan untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.

    Bagaimana kita nak memanfaatkan lawatan dan konvoi yang selalu kita lakukan. Peserta-peserta wajar mengemukakan laporan hasil dapatan dari lawatan tersebut, dan apakah penambahan nilai yang boleh dilakukan di kawasan kita dengan hasil lawatan tersebut. (Bukan pi berseronok, dan balik '0' je).

    Bagaimana kita nak membentuk pasukan yang sehebat pemuda-pemuda komponen Pakatan Rakyat lain yang dapat mengemukakan pandangan hingga dapat diutarakan di dalam parlimen dengan jayanya.

    Bagaimana kita nak memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman pakar-pakar dan teknokrat-teknokrat di dalam PAS supaya kita dapat membentuk model pentadbiran negara selaras Al-Quran dan As-Sunnah, seterusnya meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan PAS di dalam pembangunan negara di masa depan.

    Soalan2 ni kalau tanya kat budak-budak PAS tu boleh jadi macam computer 'hang' dan terbakar hardisk sebab overload.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:46

      Saya sokong pandangan tuan. Pemuda PAS dah ketinggalan zaman. Mereka patut wujud 40 tahun dulu. Orang lain makin kedepan, depa dengan sombongnya mundur kebelakang.

      Kita nak dengar juga apa kata wakil pemuda PAS dalam hal ini.

      Delete
    2. Yusni Mat Piah tak perlu jadi penjilat tapi perlu bertindak secara rasional. Tak ingat ke semasa PRU 13? Tindakan yg tidak rasional kamu menyebabkan PR hilang satu kerusi di PP. Yusni Mat Piah kena banyak muasabah dan cermin diri. Jangan nafsu menguasai akal.

      Delete
  2. Tengok di Parlimen bagaimana Khalid samad berucap. Dia berani dalam parti mesti ada macam dia kerana tegor itu pengajaran bagus.Jangan fikir kes Selangor sekarang Alhamdulillah dan termakan mainan parti lawan yang suka kita berpecah.Kan mereka guna taktik yahudi pecah dan perintah.Semua pakat jumpai TG dan kita bermaafan lah, buat kenduri doa selamat dari fitnah lawan ini.

    ReplyDelete
  3. Suruh dia orang panggil Najib la lagi baik....sbb dah jadi "rakan" hj Hadi kan????

    ReplyDelete
  4. Minta Ketua pemuda Pas supaya jangan hadirkan diri sekiranya Khalid Samad datang dan kita minta ketua tu pergi ke program yang ada di Pulau Pinang ajuran UMNO atau Ketua Pemuda tersebut minta tukar supaya Khalid Ibrahim yang hadir agar mereka tenang dan bangang.Inilah spices yang akan mneghancurkan PAS

    ReplyDelete
  5. Minta Ketua pemuda Pas supaya jangan hadirkan diri sekiranya Khalid Samad datang dan kita minta ketua tu pergi ke program yang ada di Pulau Pinang ajuran UMNO atau Ketua Pemuda tersebut minta tukar supaya Khalid Ibrahim yang hadir agar mereka tenang dan bangang.Inilah spices yang akan mneghancurkan PAS

    ReplyDelete
  6. bila macai parti PAS bersuara ! ada tau ka apa bikin pas punya orang dalam majlis agama islam pulau pinang ? check tengok dengar cerita ada kelentong tarak amanah daa,bole kasi cerita sikit sapa sapa ! kalu kerja tarak ikhlas apa daa, lawan geng macai pembodek, geng pro 'ug' & ABU sampai mati !

    ReplyDelete
  7. Orang yang bijaksana serta mempunyai kepandaian dan kredibiliti tak perlu mengampu untuk maju. Hanya mereka yang sedar tentang kelemahan diri serta kurang kemampuan saja akan menjadi tukang ampu tersohor. Sayangnya mereka lupa bahawa orang yang naik secara mengampu tidak mampu bertahan lama dan tidak akan dihormati. Apabila Boss yang diampu itu padam atau tersingkir, masa depan mereka akan turut berkubur.....

    ReplyDelete
  8. Abe

    Betul kata Abe. Perangai PAS Pulau Pinang lagi teruk dari PAS Terengganu. PAS Terengganu bol3hlah tunjuk samseng, tunjuk sikap angkuh dan bodoh sombong sebab mereka m3nang banyak kerusi DUN.

    PAS Pulau Pinang cuma menang 1 j3 kerusi DUN. Mak datuk dia punya songey macam l3 dialah rakan PR yang m3nang paling banyak kerusi.

    Depa lupa, kerana hendak mengangkat dan memperdana PAS.di Pulau Pinang, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang walaupun xde tokoh nak duduk dalam MAIPP dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MAIPP. Kemudian Pesurujaya ini diberi gelaran Dato'.

    Tetapi puak-puak malaun ni sedar diri bagaimana kel3bihan politik diberi kepada mereka walaupun mereka hanya m3nang 1 kerusi je!

    Kalau gini gayanya, kerusi yang 1 tu pun akan hilang jika mereka terus menunjukkan sikap bongkak dan sombong.

    ReplyDelete
  9. PRU14..PAs hancur !!
    Tanpa PAs islam tetap hebat.

    ReplyDelete
  10. Pergh........mujur pkr ok.tapi sayang skit...pengerusi pkr terengganu Azan tak kenal cikgu bard.kah.kah.kah.kah.apa macam nie.

    ReplyDelete
  11. cikgu bard sape tu.....

    ahli PAS nak pertahan Presiden ok laa tu. Daripada pertahan si KETUM

    ReplyDelete
  12. Betul..kalau kerusi kaki satu je..jangan duk duduk kat kerusi kaki empat...Eloklah duk bersila lagi beradab..Bersuara pun bukan hang cakap benda yang kasi rakyat untung..Macam pil kuda shopping di London jugak...masa parlimen bincang bajet lari jadi MP London..tu pun tak masuk Parlimen...Kahkahkah...

    ReplyDelete
  13. rupa2nya bodek dan ampu pak lebai lebih hebat dr golongan profesional... tak sangka. tak boleh langsung berbeda pendapat... kalau mereka yang berbeda pendapat, maka adalah nas untuk membenarkannya. sayonara...

    ReplyDelete
  14. PAS Parti Politik GAGAL.

    tak ada apa yang nak di banggakan oleh PAS yang rata rata orang nya bahalol tiada nilai ekonomi.

    PAS sendiri harapkan BRIM tuk makan minum , dah di suap siang malam macam lembu bahalol lah tu.

    ada orang bangga dapat kawanan bahalol ke ?

    Satu hari ini bebudak potong rumput tepi jalan dapat jadi Tuang Presideng PAS. jangan tak percaya tau....

    ReplyDelete
  15. Jgn jd penjilat ketum dh la...malu nk baca...adab sopan yillek...anjing sokong...beer sokong...hudud x bley

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai detected. tak ada hujah cuma tau maki hamun

      Delete
  16. Klu nk tau nasib pkrpru14...tgk kehadiran org ramai kt dpnistana kehakiman....dlmcybet gah bro...luar hancusssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkr hanya juara dialam maya jer.tak leboh dari tu.tak caya tanya taikun team force.

      Delete
    2. Anon 12:00

      Standard mana pulak guna kehadiran di istana kehakiman untuk nilai pencapaian didalam PRU 14. Ini standard baru antarabangsa ke?

      Kalau la jumlah kehadiran penyokong PR yang tak ramai itu pertanda PR akan teruk dalam PRU 14 - UMNO/BN lagi terok kerana k3hadiran penyokong UMNO lagi sikit.

      Delete
  17. TGHH tlg lepaskan jawatan pres pas utk kebaikan parti dan rakyat msia amnya. minta maaf tapi anda tiada tokoh jadi pemimpin organisasi. jadi tok guru sajalah

    ReplyDelete
  18. Ostad yang persana ni nak tanya sikit. Sekolah mana dulu dan graduate U mana. Ingat-ingat dan agak-agaklah sikit perangai tu tak kan sampai ke hari tua.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa