Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 27, 2014

MH370: Terdapat komunikasi di ruang udara Kemboja?

Kos carian MH370 tinggi kerana langgar protokol, kata pakar penerbangan Australia 
TMI - Published: 27 October 2014
Pakar penerbangan Australia Des Ross berkata jika protokol dipatuhi, mungkin pesawat itu sudah dijumpai sekarang. – Gambar Reuters, 27 Oktober, 2014.
 
Operasi mencari pesawat MH370 mencatatkan kos yang tinggi ekoran pihak berkuasa penerbangan tidak mengikut protokol, kata seorang pakar yang juga mendakwa wujud percanggahan dalam versi rasmi pesawat penerbangan MAS itu.
"Jika protokol diikuti dengan baik, kita tidak lagi mencari pesawat itu hingga ke hari ini," kata pakar penerbangan Australia, Des Ross, menulis di www.aviationbusiness.com.au hari ini.
Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac dan masih belum ditemui hingga sekarang.
Tanpa mengambil kira kesan Doppler, ping satelit dan peranti teknologi canggih lain, beliau berkata terdapat beberapa percanggahan pada versi rasmi saat akhir MH370.
Ross berkata tempoh masa empat jam selepas pesawat itu hilang penting kerana pada ketika itulah timbul kekeliruan dan salah maklumat, terutamanya selepas MAS berkata mereka memberitahu menara kawalan yang terdapat komunikasi dengan MH370 di ruang udara Kemboja.
"Pesawat tidak pernah memasuki ruang udara Kemboja," kata Ross, sambil menambah pengawal trafik udara tidak sepatutnya menerima maklumat itu, terutamanya apabila mereka belum memberi kebenaran kepada pesawat itu menyimpang dari laluan. – 27 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa