Keberanian beberapa individu dari NGO Pemisah Sarawak dari Malaysia semakin menjadi-jadi apabila kali ini mereka membuat penghinaan terhadap Ketua Menteri Sarawak.
Beng Kor, melalui laman sosial Facebook miliknya mengutuk dan menghina Ketua Menteri Sarawak yang mana sebelum ini dikaitkannya dalam perjuangan memisahkan Sarawak dari Malaysia.
Ketiadaan tindakan dari pihak berwajib merupakan punca mengapa mereka ini giat berleluasa membuat hasutan terhadap rakyat Sarawak agar keluar dari Malaysia.
Sebelum ini Beng Kor juga secara terang-terangan memperhebatkan agenda kempen membawa Sarawak keluar dari Malaysia. Rujuk di [SINI]
Apabila Ketua Menteri Sarawak menyatakan bahawa Sarawak akan terus kekal dalam Malaysia, ini merupakan halangan utama kepada Beng Kor dan NGO SAPA yang tengah hebat berjuang menghasut rakyat Sarawak keluar Malaysia.
Jika sekarang mereka sudah berani menghina serta mempertikai kewibawaan Ketua Menteri Sarawak, tidak mustahil mereka sedang dalam perancangan menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak.
Adakah perkara ini dibiarkan sahaja dan kita hanya menunggu puak ini mengancam keselamatan serta mengguling Ketua Menteri Sarawak? - sumber
Wajah Pemuda Ancam Bunuh Ketua Menteri Sarawak Tersebar!! @PDRMsia
Akibat terlalu dibiarkan, pergerakan pemisah Sarawak Malaysia akhirnya melahirkan individu yang mampu secara terang-terangan meluahkan niat isi hati untuk MEMBUNUH Ketua Menteri Sarawak.
Individu yang menggunakan nama 'Quotz Suey' dalam laman sosial Facebook secara terang-terangan menunjukkan niat untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak melalui page Facebook "Sarawak pansut ari Malaysia?"
Rujuk [SINI]
Berpunca dari kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang menyatakan ketegasan untuk kekal bersama Malaysia.
Sebelum ini puak-puak pemisah ini giat membuat referendum melalui beberapa NGO kononnya menuntut hak rakyat Sarawak, namun sebenarnya mereka berhasrat melakukan hasutan terhadap rakyat Sarawak agar keluar dari Malaysia.
Entah berapa ramai lagi yang perlu melakukan ancaman bunuh terhadap pimpinan negeri Sarawak untuk mencukupkan kuota laporan Polis agar dilakukan tangkapan.
Entah berapa ramai lagi yang perlu melakukan ancaman bunuh terhadap pimpinan negeri Sarawak untuk mencukupkan kuota laporan Polis agar dilakukan tangkapan.
Apa yang memusykilkan, kemana perginya hero-hero parti? Kononnya ada gerakan yang menjaga KM Sarawak untuk serangan dari pelbagai sudut. Menyepi sedangkan beberapa blog dan portal sudah hangat melaporkan isu ini. - sumber
simpanan tetap ? ABU !
ReplyDelete