Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 28, 2014

Kenyataan Ibrahim Ali: Khairy Bertegas!

Aku pun sokong Khairy.......

Kenyataan Ibrahim Ali Tetap 'Menghasut' - Khairy
Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 9:19 PM
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bertegas dengan pendiriannya bahawa kenyataan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam isu Bible bersifat hasutan.
Khairy berkata, pendirian itu bersifat peribadi tanpa melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Kalau pandangan peribadi saya...kalau buat kenyataan nak bakar kitab orang lain, itu adalah hasutan.
"Bayangkan kalau ada orang cakap macam tu tentang Al Quran, sudah tentulah menghasut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara pada Ahad bahawa kenyataan yang Ibrahim untuk membakar Bible bahasa Melayu, tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.
"Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara. Mereka ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan," katanya.

6 comments:

  1. Bengong punya AG
    dah buat public statement ..itu bkn menghasut ka namanya

    ReplyDelete
  2. kesian melihat orang ini bangga membodohkan diri sendiri serta keluarga , hanya untuk cari makan...dan menongkat langit.

    apa kah keadaan rupa nya bila bertemu Malaikat Maut ?

    sedih lah jika tak ber taubat !

    ReplyDelete
  3. bukan bengong tapi itulah kenyataan kita hidup di Malaysia.ikut apa dia nak buat.turut apa dia nak hukum.patuh apa dia nak perintah.setuju apa yang dia cadang.angguk apa yang dia tunjuk.dan itulah kebanyakan rakyat kini.

    ReplyDelete
  4. bukan bengong tapi itulah kenyataan kita hidup di Malaysia.ikut apa dia nak buat.turut apa dia nak hukum.patuh apa dia nak perintah.setuju apa yang dia cadang.angguk apa yang dia tunjuk.dan itulah kebanyakan rakyat kini.

    ReplyDelete
  5. selective prosecution dulu, kini dan sehingga rakyat malaysia mempunyai kesedaran dan political will utk menghentikannya

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 menteti bengong cap ayam ada juga yang berakal ghopenye

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa