Rakyat M'sia mati ditembak di Narathiwat
Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ditembak dalam sebuah kebun getah di Narathiwat.
Mayat Sukri Ismail atau nama panggilannya Mat Yei Kudung, 50, yang beralamat Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan, dijumpai kira-kira 10 pagi ini.
Kapten Monteri Janmuang dari Balai Polis Daerah Rusak di Narathiwat berkata polis menerima laporan tentang penemuan mayat itu daripada Annuar Cheknae, Penolong Ketua Kampong Bangol Laweng, Mukim Batong, Rusak pada 10 pagi ini.
"Mangsa berpakaian baju polo dan seluar jeans mati ditembak dengan pistol yang tak dikenal pasti jenisnya di bahagian kepala dan belakang.
"Daripada siasatan polis, dipercayai mangsa dibawa ke tempat kejadian oleh dua atau tiga lelaki untuk dibunuh dan telah melawan serta cuba melarikan diri tapi gagal," katanya.
Beliau berkata polis Thailand sudah menghubungi pejabat Konsulat Malaysia di Songkla untuk melaporkan kejadian itu dan polis sedang menyiasat sama ada kes pembunuhan ini ada kaitan dengan puak pemisah atau masalah peribadi.
Sementara itu, menurut sumber Kedutaan Malaysia di Bangkok yang dihubungi Bernama, ada waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki itu berkaitan kes jenayah.
Terdapat sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat terhadapnya yang dipercayai bersembunyi di Thailand, menurutnya. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa