Hadi masih kabur matlamat tubuh PASMA
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu semalam.
Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.
Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli Pas supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.
Kelmarin, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. - sumber
hadi awang
ReplyDeletekeluar je dr pas
anda dan golongan ug akan menyebabkan pas semakin kacau bilau
anda seorang ketua parti yg gagal
Pasma tu bukan spesis mana-mana, ahli PAS juga cuma tak mau berUG dengan UMNO. Bukan taksub pada Anwar Ibrahim tetapi ingin menegur salah laku dan sombong Haji Hadi dan geng UGnya yang secara sedar telah melakukan kezaliman dalam bentuk fitnah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa terhadap ahli PAS, masyarakat dan agama Islam.
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteLaaa....dulu kata arahan MSU larang ahli PAS menyertai PasMa. Sekarang arahan dah jadi nasihat plak.
bat8
ReplyDeleteItulah masalahnya, kita di luar pun jadi pening. Ahli PAS lagilah pusing dibuatnya!