Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 23, 2014

Adakah Kerajaan Negeri Perak Akan Menyaman Utusan?

Persoalannya kenapa Zahid dedahkan perkara ini secara terbuka sedangkan menjaga keamanan dan kesetabilan negara adalah di bawah tanggung jawab kementeriannya?

PAS gesa k'jaan negeri siasat laporan 'mafia'
mk - 5:24PM - 23 Oct 2014

Pemuda PAS Perak meminta kerajaan negeri itu membentuk jawatankuasa bersama pihak menyiasat dakwaan akhbar Utusan Malaysia terdapat kegiatan "mafia" di Kuala Sepetang.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaacob bagaimanapun mengesyaki 'pendedahan' akhbar itu mempunyai agenda politik.
"Terdapat juga tuduhan terbaru bahawa ‘ahli politik’ yang dituduh terlibat adalah satu niat jahat yang cuba dimainkan dan secara langsung menjejaskan sektor pelancongan di Kuala Sepetang khasnya dan negeri Perak amnya.

"Jika laporan tersebut tiada asas dan bersifat fitnah, kami berharap kerajaan negeri menyaman dan mengambil tindakan di mahkamah terhadap Utusan Malaysia," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Utusan turut melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui kebenaran pendedahan itu dan mengetahui seorang ahli politik yang hidup dan dibiayai kerjanya hasil kegiatan jenayah Kuala Sepetang.

Sementara itu, Raja Ahmad Iskandar juga berkata, jika dakwaan itu betul, polis sepatutnya meneliti kelemahan risikan mereka sehingga terlepas perkara sebesar itu yang mampu menggugat keselamatan rakyat.

"Bagi kami isu keselamatan adalah isu besar yang sepatutnya diberikan jaminan oleh kerajaan,” katanya.

1 comment:

  1. Sbb sama2 mkn setalam...jadi sbb tu payah nak kesan...ha4

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa