Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 17, 2014

Bagaimanakah Nasib Pemimpin PasMa Nanti?

Kalau ikutkan hati memang dah tanak peduli lagi dengan PAS
Tapi jauh di lubuk hati mahukan PAS kembali dihormati dan menjadi kuat bersama PR
Namun begitu sanggupkah PAS berubah dengan kepimpinannya diubah?

Pas Bakal Pecat Pemimpin PasMa?

Beberapa Pas Negeri sudah pun mengeluarkan arahan kepada ahlinya agar tidak menyertai serta menjauhi PasMa, sebuah NGO yang diketuai oleh bekas Exco Kedah, Pahrolrazi Zawawi.

Antaranya ialah Pas Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan beberapa negeri lagi juga dijangka akan mengeluarkan arahan yang sama tidak lama lagi. 

Walaupun PasMa sudah menyatakan bahawa peranannya ialah bertujuan untuk memastikan Pas kekal bersama PR di sebalik merebaknya kebimbangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan antara Pas dengan UMNO, NGO itu seolah-olah begitu ditakuti oleh Pas.

Larangan dan kebimbangan terhadap PasMa ini dipercayai selaras dengan ucapan Haji Hadi dalam Muktamar Agung Pas di Batu Pahat, baru-baru ini yang bertegas melarang kewujudan "parti dalam parti" serta mahu semua ahlinya bersatu hati dalam perjuangan Islam bersama Pas.

Susulan itu, Majlis Syura Ulama Pas melaluinya Setiausahanya, Nik Zawai Salleh telah mengeluarkan arahan agar tiada ahli Pas menyertai PasMa.

Namun demikian, PasMa nampaknya terus bergerak aktif dan tidak memperdulikan arahan itu. PasMa juga tidak melatah, malah menyatakan Majlis Syura Ulama tiada hak mengeluarkan larangan itu. Selain itu, PasMa juga tidak terusik dengan adanya cabaran agar NGO itu berubah menjadi sebuah parti politik untuk melihat sejauh mana ianya boleh bertahan.

PasMa bukan saja terus melebarkan sayapnya ke negeri-negeri, malah laman Facebook peringkat negeri juga giat diaktifkan untuk menyebarluaskan lagi peranan dan aktiviti mereka.

Dalam masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa tindakan Pas melarang ahlinya menyertai PasMa menunjukkan parti itu semakin tertutup dan tidak sedia menerima teguran daripada pihak yang berbeza pandangan dengannya.

Sebagaimana keputusan Muktamar 2008 yang memutuskan parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP melalui PR, PasMa hanyalah bertujuan mengukuhkan lagi ikatan itu bagi menyaingi BN dan mewujudkan sistem dua parti yang lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

Tetapi melihat kepada kes dua Adun Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang digantung keahliannya beberapa hari lalu, ramai yang bimbang mengenai nasib pimpinan PasMa ini. Mempertahan dan mendekatkan lagi Pas dalam PR seolah-olah sudah menjadi kesalahan bagi parti itu kebelakangan ini manakala tindakan menjauhkan lagi Pas daripada PR pula sesuatu yang dibenarkan.

Ada yang mengatakan, setelah adanya larangan agar ahli Pas menjauhi dan tidak menyertai NGO itu, tindakan yang lebih keras sedang menunggu pimpinannya tidak lama lagi.  Ramai yang menjangkakan pimpinan PasMa akan menerima hukuman sama ada digantung keahlian atau dipecat terus daripada Pas selepas ini.

Tambahan pula, PasMa juga terus aktif dan agresif dengan pelbagai kegiatannya di merata-rata tempat, walaupun setelah satu demi satu negeri mengeluarkan larangan kepada ahli-ahlinya daripada mendekati NGO itu.

Realitinya, Pas sebenarnya memang menyedari bahawa tindakan mereka menjauhkan diri dan berbalah dengan rakan-rakan gabungan dalam PR tetapi dalam masa yang sama masih kekal dalam gabungan itu  membawa lebih kerugian daripada keuntungan kerana boleh menyebabkan parti itu terus kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Bertindak keras terhadap PasMa pula mungkin akan menyebabkan golongan profesional tidak berminat lagi terhadap Pas. Akhirnya, Pas menjadi semakin mengecil sokongannya, terutama di kawasan bandar dan separa bandar.

Bebanding menjadikan Pas makin mengecil dan dijauhi, bukankah lebih baik jika PasMa lebih didekati daripada dimusuhi? (SH 17/10/2014)

4 comments:

  1. Pasma adalah ngo yg ditubuhkan oleh pro anwar.objektif Pasma ada membawa PAS menjadi parti mesra serta pak turut pada anwar.pasma bergerak bersama force team.force team pula tugas nya memburuk burukan pimpinan Pas supaya memudahkan Pasma menguasai Pas.ini lah sebenar benar BARUA.2 gabungan Pasma dan team force adalah anasir yg cukup jijik hasil kerja jahat anwar.blogger upahan team force dibiayai sepenuh nya oleh anwar.mereka ini akan berpura pura sayangkan Pas.kini dunia maya telah mengenali siapa mereka ini.mereka ini lah sejahat jahat umat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:45

      Komen dari balaci Najib yang hendak melihat PAS hancur lebur.

      Delete
    2. Sedara 11:45PM.ckp then tuduh tersgt mudah.mcm dah jd trade mark plak golongan suka baruakan org lain ni tanpa berikan fakta justifikasi kpd apa yg dituduh.sy tgok sexara ni mcm dah seronok dok wiridkan benda yg sama ni.

      Nak tau juga apa yg nuar tu upah.apa kerja jahat memunah PAS yg nuar dah buat.Team Force tu siapa?Mana identiti group atau jalur gerakannya.Bnyk benar duit anwar utk wat bayaran yg sy rasa bkn rm30 mcm macai umngok dok dpt.Tersgt berkuasanya anwar utk buat semua tu sdgkan Partinya sendiri dia pening nak kontrol.yg aku nmpak jenuh dia dok bersyarah merata dunia pasal nak cari pitis sampai sanggup sokong naik elaun MP.

      Sedara.jgn ikut perangai tuduh2 mcm umngok dan mutakhir ni puak2 yg perasan ulamak sgt.pil khudda la komeneh la barua la dibyar la munafiq laa.x heran kalo sedara pon mcm tu.pasal org yg sedara wala dan bela sokong sgt tu pon memang kaki tuduh akhir2 neh.heran plak sy.tp sy x nak la tuduh sdara neh diupah oleh juak2 nya pasal x baik tuduh x der bukti hehehe.

      PAS ok jer.yg x ok tu kena outkan.merosakan nama baik je.mcm umngok mca dap pkr gak.ok jer.hanya org yg bermasalah kena dikeluarkan utk jaga imej.naper sedara?kapir ker kalo x sokong PAS.kurang iman dan islam ker bile x sokong.ahli neraka ker.undi PAS jer lps la kat akhirat nanti walau tuduh x der bukti dan sampai skrg haram x tarik or explain or bagi bukti.itu dalil n faktaus haji hadi sudah x kompeten lg utk mengetuai parti politik

      Delete
    3. ANON NI MESTI SIBER UMNU.. KEJAP SOKONG PAS.. TAPI SEBENARNYA NAK PAS BERPECAH..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa