Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 20, 2014

Nampaknya Datuk Mat Zin 'Nok Kube Pah Ko Sut'!

Beraso rok ko Datuk?

Dana awam disalah guna lantik peguam Umno dalam kes liwat, kata Mat Zain
Published: 20 October 2014
Perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya adalah tidak sah, kata bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014.

Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini menggesa Kabinet memandang serius dakwaan salah guna dana awam bagi membayar Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya dilantik secara "tidak sah" sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu depan.
Melalui surat yang dikirim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu berkata, pelantikan Shafee menyalahi undang-undang kerana beliau sedang disiasat kerana dituduh memberi bukti palsu dalam satu afidavit.
“Persetujuan untuk membayar khidmat Shafee, seberapa banyak manapun seperti yang dipersetujui, ialah dalam bidang kuasa menteri kewangan sahaja, serta wajib menggunakan wang awam.
"Mulai tarikh pelantikan itu, menteri kewangan dan peguam negara sama-sama bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan salah laku Shafee dalam rayuan kes Liwat II itu,” katanya dalam surat itu. 
Mat Zain berkata Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan arahan menyiasat Shafee pada 3 Januari selepas beliau membuat tiga laporan polis terhadap peguam Umno itu tahun lepas berhubung afidavit berkenaan.
Katanya, arahan untuk menyiasat itu disembunyikan daripada pihak yang terlibat dalam kes perbicaraan liwat Anwar pada 6 dan 7 Mac, dan peguam negara dengan sengaja membiarkan Shafee mengetuai pasukan pendakwaan pada masa itu.
Katanya, siasatan sepatutnya boleh selesai dalam masa kurang lima bulan, tetapi hingga hari ini masih tiada hasil yang didedahkan.
“Jelas tindakan menyembunyikan arahan menyiasat daripada pengetahuan pihak terlibat dan mahkamah (rayuan) disengajakan dan dengan niat menipu, ia mencemarkan proses penghakiman.
“Percubaan Shafee berikrar atas kenyataan yang tidak benar atau palsu dalam afidavitnya dan menggunakannya di dalam prosiding mahkamah ialah suatu perbuatan yang tidak jujur, lebih-lebih lagi apabila beliau menerima bayaran daripada wang awam.
“Dengan demikian, Shafee boleh dikatakan mengekalkan pelantikan beliau sebagai peguam bagi pihak pendakwaraya menerusi cara yang menyalahi undang-undang,” katanya.
Mat Zain berkata kerajaan enggan mendedahkan bayaran kepada Shafee dengan alasan “menghormati etika hubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pekerja”.
“Ini menimbulkan persoalan mengapan kerajaan bersungguh-sungguh hendak menyembunyikan sebarang maklumat melibatkan Shafee.
“Bukan sahaja mereka merahsiakan amaun wang awam yang dibayar kepada beliau, bahkan arahan siasatan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara pada 3 Januari juga dipendamkan,” katanya.
Mat Zain berkata beliau hanya dapat tahu mengenai arahan siasatan terhadap afidavit Shafee itu pada 19 Mei apabila polis mahu mengambil kenyatannya.
Anwar memfailkan permohonan bagi menggugurkan Shafee pada 6 Disember tahun lalu berdasarkan akuan bersumpah (SD) Mat Zain yang didedahkan beberapa hari sebelum itu. – 20 Oktober, 2014

1 comment:

  1. WAHAI GANI BERTAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT.HANG BELAJAQ HUKUM TASAUF,FIQH BARU HANG TAU YANG MANA DOSA YANG MANA PAHALA.TAKUT2 NANTI ALLAH S.W.T MEMBALAS PERBUATAN KAMU KAT ANAK2 KAMU KE KELUARGA KAMU KE ATAU TERU KAT KAMU.TAUBAT LAH.HIDUP KAMU PUN DAH NAK PENGHUJUNG NYAWA.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa