Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 19, 2014

Cerita Orang Kena Gantung.......

Saya biasa sahaja, tak kecil hati – Saari
OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR

“Saya tak kecil hati atau merajuk tetapi akan berbincang dengan isteri, anak-anak dan kawan-kawan terdekat berhubung surat yang diterima surat daripada Pas Pusat mengatakan saya bersalah dan dikenakan hukuman menggantung keahlian selama setahun.”
Itu jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.
Dalam nada bersahaja, Saari yang disabitkan bersalah kerana menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor berkata, apa yang dilakukan adalah atas nama hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Perkara sudah berlaku dan saya telah pun diberi surat bertarikh 12 Oktober 2014 memaklumkan kesalahan saya serta dikenakan hukuman.
“Buat masa ini, saya tidak boleh membuat apa-apa keputusan tetapi saya sedang dalam proses perbincangan dengan orang-orang terdekat saya untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Jelas Saari, dia sendiri tidak pasti apakah bentuk rayuan yang hendak diajukan kepada pucuk kepimpinan Pas.
“Saya tidak tahu nak merayu apa tetapi mungkin saya boleh meminta diringankan hukuman menggantung keahlian.
“Tempoh yang diberi untuk merayu adalah selama 14 hari daripada tarikh surat yang dikeluarkan. Masih ada masa untuk berfikir,” katanya.
Bagaimanapun kata Saari, apa juga bentuk hukuman yang dikenakan, tugas dan tanggungjawabnya sebagai Adun tidak sedikit pun terjejas.
“Saya tetap menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sebagaimana biasa tanpa sebarang masalah. Saya masih ahli Pas,” ujarnya. -- MalaysiaGazette

8 comments:

  1. x per lh kena gantung..penghujung nya nanti akan kembali pada PAS...

    JADIKAN MASA INI TEMPOH BERTENANG...

    ReplyDelete
  2. x per lah kena gantung setahun saja...

    Lps tue kembali lah ke Pangkuan PAS...apa ada hal....dan..

    Jadikan masa ini sebagai TEMPUH BERTENANG....

    Pagi pagi ajak isteri Berjogging mcm biasa....

    Klu dulu dapt buat cuma 20-30 minit skg tambah 45-sejam pusing kawasan Sri Ukay.....

    Sya selalu ada kat belakang "jaga keselamatan wpun x di undang"

    In Sya Allah.....

    ReplyDelete
  3. Org yg cuba pujuk yb Azmin dan cuba bersatu dgn umno masa kes mb selangor tu takkan buat tutup maya saja. Itu lebih teruk dari kes shaari sungip. Org tu pembelot. Jng tutup mata...kami penyokong melihat dan mendengar...

    ReplyDelete
  4. kalau aku tempat Shaari Sungip aku xakan merayu...Pas ingat depa tu kuat sangat...Pas xsedar diri

    ReplyDelete
  5. jgn sekali2 merayu. merayu bermakna bersetuju dgn hukuman dan mengakui kesalahan.

    YB boleh bersama dalam aktiviti PKR dan DAP.

    yg bersalah ialah haji yg ponteng sidang parlimen sbb nak dakwah ke negara org.

    ReplyDelete
  6. terus terang cakap la..
    masa depan saari dlm pas memang dah tak ada. Gelap. Noktah. Apa alasan pun yg saari akan beri, pas tak akan beri peluang masuk calon pru14 atas tiket pas. Full stop.

    Jadi cara paling selamat ialah saari masuk parti lain. Umpamanya UMNO, DAP atau PKR.... Tapi nak selamat masuklah PKR

    Cuma masuk PKR ni, setakat bole masuk calon aje la...Menangnya belum tentu sbb PRU14 nanti PKR memang akan tergolek dog kat selangor.....

    ReplyDelete
  7. Jgn keluar n duduk situ. Tengok apa puak puak tu akan buat. Ada masa bantu bantu PR senyap senyap.

    ReplyDelete
  8. Merayu..bererti tn haji saari bersetuju dn gelaran barua & broker yg diberi oleh hj hadi...
    Pe jua hkuman @ tindakan dr PAs.keatas tn haji brdua akan memalukan PAs dan haji hadi saja..
    Rakyat sedang memerhati & menilai PAs...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa