Sebelum ini aku ingat Pimpinan PAS jer.......rupanya DAP Sarawak pun dua kali lima saja
Sedarkah mereka ini yang Hudud dah pun Nik Amar serahkan ke dalam kerandut UMNO?
Nik Amar dan Mad Yaacob dah tak larat nak pikul karung Hudud selepas Nik Aziz bersara
Mad Yaacob dan Nik Amar kena kencing terang terangan oleh pemimpin UMNO Kelantan.......
Satu perkara lagi laporan ini dari Bernama, jadi belum tentu ianya seratus peratus tepat!
DAP Sarawak akan keluar dari Pakatan Rakyat..
Saturday, October 18, 2014
DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah 2 parti itu menjelaskan pendirian mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Kuching, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.
"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.
Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.
"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya. – Bernama
- via blog Anak Sungai Derhaka
bernama ni sedara kembar tiri dengan utusan meloya dan berita hairan juga tv 3 suku tuuu...
ReplyDeletesapa percaya dari sumber ini tandanya pendek umo...
kah kah kah kah kah
apa apa kenyataan dari DAP hanya dengar dari Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang saja , pasal PKR dengar saja dari Anwar Ibrahim atau Wan azizah.
ReplyDeletemedia kerajaan nak laga laga saja , sebab bahalol macam PAS - budak pak guard pun boleh cakap.
apa apa pun , yang bahalol teteap bahalol dan yang miskin tetap papa yang rata rata orang orang melayu saja...