Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 17, 2014

Kesian.....Tindakan Polis Dan AG, Kepala Nancy Yang Kena Hantuk!

Patutler manusia jenis Zaid Ibrahim yang berprinsip tak mampu bertahan lama di kerusi itu
Pokoknya jawapan Nancy pun longgar dan boleh diperdebatkan

Saya tidak sokong pandangan ekstrem Perkasa, kata Nancy Shukri
Published: 17 October 2014 - TMI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata beliau tidak sokong pandangan ekstrem Presiden Perkasa Ibrahim Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Oktober, 2014. 

Nancy Shukri, yang dikritik beberapa pihak kerana dianggap mempertahankan tindakan Datuk Ibrahim Ali menggesa bible berbahasa Melayu dibakar, menegaskan hari ini beliau tidak menyokong pandangan ekstrem presiden Perkasa itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata walaupun tidak bersetuju, beliau mesti membela "kedaulatan undang-undang" dan menyokong keputusan polis dan pendakwaraya untuk tidak mendakwa Ibrahim.
Beliau memberitahu Borneo Post, keputusan peguam negara tidak mengambil tindakan atas Ibrahim dibuat berdasarkan dapatan polis.
“Perlu dijelaskan di sini, peguam negara yang membuat keputusan tidak mendakwa Ibrahim mengikut Akta Hasutan, dan keputusan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan polis.
"Sebagai menteri atau seorang pemimpin negara, saya mesti menyokong kedaulatan undang-undang, tetapi itu tidak bermakna saya setuju dengan pandangan ekstrem Ibrahim," Nancy memberitahu akhbar harian Sarawak berbahasa Inggeris itu.
Nancy dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu lepas berkata, polis memutuskan tidak mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung seruan yang dibuatnya tahun lalu itu kerana beliau hanya bertujuan mempertahankan Islam.
Dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng itu, Nancy berkata, polis membuat kesimpulan yang kata-kata Ibrahim ditujukan hanya kepada individu tertentu, dan tidak merupakan satu ancaman kepada masyarakat umum.
Nancy memberitahu The Borneo Post, semangatnya sangat jatuh merudum sekarang berikutan kritikan yang diterimanya selepas membuat kenyataan itu.
"Saya teruk diserang. Sungguh saya katakan, saya sangat patah semangat sekarang. Bagaimanapun, selagi rakyat Sarawak memahami siapa saya dan apa yang sedang berlaku, saya akan tetap kuat dan terus berkhidmat untuk mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya.
Sambil menerangkan latar belakang keluarganya yang berbilang kaum, Nancy berkata, kaum dan agama tidak pernah menjadi masalah buatnya dan beliau tidak akan sekali-kali menyokong sebarang kenyataan atau tindakan bersifat rasis terhadap orang bukan Islam.
"Membesar di Sarawak, di mana kaum dan agama tidak menjadi isu, saya tidak pernah termimpi satu hari nanti saya akan dicap sebagai seorang anti-Kristian atau penyokong gesaan membakar bible.
"Jika anda bertanya kepada penduduk di kawasan saya, tiada siapa yang akan percaya. Saya percaya semua rakyat Sarawak masih bersama saya kerana mereka kenal saya dan melihat bagaimana saya melayan rakyat kawasan saya selama bertahun-tahun,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyeru rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan tuduhan yang dibuat terhadap dirinya, menasihatkan mereka agar meneliti sejarah perkidmatannya selama ini.
"Para pemimpin gereja di kawasan saya boleh menjadi saksi saya. Penganut Buddha di kawasan saya tahu siapa saya. Selama bertahun-tahun, saya memberikan geran kepada mereka, makan minum bersama mereka. Saya rasa mereka pun sama terkejut kalau mereka tahu saya dilabel bersifat perkauman atau anti-Kristian,” katanya.
Ini kali kedua Nancy membela dirinya berhubung isu sama setelah menghadapi kemarahan orang ramai dan kritikan yang dilemparkan di media sosial.
Dua hari selepas jawapan bertulis parlimen itu dikeluarkan, beliau mengeluarkan satu kenyataan, membidas pembangkang yang dikatakannya memainkan isu itu untuk keuntungan mereka.
Beliau juga menyalahkan pengguna media sosial yang menyebarkan artikel berkaitan, mengatakan "pihak yang tidak bertanggungjawab" itu hanya memetik sebahagian jawapan yang diberikannya di Parlimen, sengaja menimbulkan "salah tafsir dan salah faham".
Beliau sekali lagi mempertahankan keputusan tidak mendakwa Ibrahim kerana menghasut, mengatakan ia dibuat secara adil dan tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi memastikan keadilan untuk mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam.
"Keputusan yang diambil Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Ibrahim kerana konteks ucapan beliau selaras dengan semangat di dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – 17 Oktober, 2014.

1 comment:

  1. Bebudak TADIKA kat kawasan perumahan saya kata, Brahim Raja Katak tidak didakwa kerana dia Friendly BN punya BARUA.

    Cuba kalau Katak sembab ni suka lawan kerajaan....dah lama masuk Sungai Buloh.

    Budak-budak Tadika tu juga kata, manusia seperti Ibrahim Katak Sembab ini sangat berguna untuk tujuan tertentu seperti apabila wujud keperluan untuk menimbulkan keresahan kaum atau apabila sesuatu provokasi perlu dibuat bagi mengalih perhatian orang ramai...maka khidmat manusia munafik seperti ini amat perlu sekali.

    Nak tahu apa budak-budak Tadika tu kata lagi...Brahim Katak adalah contoh manusia HIPOKRIT atau dalam bahasa ahli-ahli majlis syura PAS "Wal Munafikun"....sebabnya budak-budak tu kata dah berpuluh tahun Brahim Ali tedarah duit China Vincent Tan bagi makan anak bini, tapi hari-hari jerit nak bunuh China macam orang hilang akal!...kah kah kah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa