Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 17, 2014

Adakah Rozita Che Wan Rakyat Malaysia Yang Paling Daif?

Apa istimewanya pelakon yang dipanggil Che Ta itu?
Kos yang ditaja itu boleh dinikamati berpuluh orang yang kurang biaya untuk menerima rawatan
Aku pun sependapat dengan SAMM. Bukan nak jaga tepi kain orang cuma aku rasa pelik

Saran hospital KPJ timbang semula taja Che Ta
mk - 6:57PM - 16 Oct 2014

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata ia memandangkan artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.

"...sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

"Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang," kata Hadzril.

Sehubungan itu, Hadzril menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).

Rozita, 41, yang bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul pada 11 Disember 2013.

Sebelum ini mereka dilapor mendapat tajaan perkahwinan pelbagai pihak yang mencecah kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Rozita mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16 tahun. Rozita dijangka bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini.

2 comments:

  1. rozita ini cantik ke ?

    pompuan melayu lagi tua lagi cantik ke ?

    kenapa dato dato bini nombor dua tak yang tua tua 40-60 tahun ekk ???

    kroni di utama kan , rakyat di bahalol kan.

    ReplyDelete
  2. kepada KPJ, kenapa nak taja artis plastik ni? taja lah pada orang betul2 memerlukan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa