Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 25, 2014

PasMa Ciptaan PKR: Tuduhan Atau Andaian?

PAS berdepan ‘musuh dalaman’, kata penganalisis politik
TMI - Published: 24 October 2014
PAS berdepan dengan musuh politik dalaman mereka sendiri yang disebabkan tertubuhnya. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Mereka dikatakan tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.

Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman PAS iaitu antara pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata PAS kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.
"PAS berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan PasMa ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (PasMa) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS," katanya, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PasMa ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.
Atory turut berpendapat penubuhan PasMa merupakan 'langkah' yang diambil PKR untuk menguasai PAS secara halus yang berselindung di sebalik anggota-anggota PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.
"(PKR) menggunakan PasMa ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.
"Mereka (PKR) menggunakan Pasma dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan PasMa. Mereka tak yakin dengan PAS sebab PAS bertunjangkan Islam," katanya.
Sementara itu, bekas Felo Universiti Sains Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata PAS patut lebih bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak terutama golongan yang bersikap kritikal terhadap parti itu.
"Mengambil tindakan melarang anggota-anggota PAS menyertai persatuan seperti PasMa juga akan lebih menimbulkan rasa ingin tahu mereka (anggota parti) mengenai PasMa dan akan lebih mempopularkan NGO itu," katanya. – Bernama, 24 Oktober, 2014.

11 comments:

  1. Abe

    Pertama kita kena kenal siapa Prof Dr Ahmad Atory. Dia adalah p3nyokong t3gar UMNO dikalangan Prof-prof kangkung. Dia dah lama digunakan oleh Utusan Malaysia untuk mempertahankan UMNO bila tersepit atau menyerang PR apabila ada isu-isu hangat. Dia buat ke4ja ni sejak menjadi Prof di UUM dulu lagi. Dalam hiraki prof kangkung UMNO, saya letak dia No.2

    Yang No.1 ialah Prof Madya Sivamurugan Pandian. Ini penyokong dan pembela UMNO keturunan india yang merasa dialah waris sebenar UMNO Baru.

    Dia dan Prof Atory sama-sama m3njadi s3njata Utusan Malaysia sejak dari dahulu sejak Prof Zainal Kling sudah terkantoi dalam isu Mat Indera dulu. Merekalah kini penyerang kembar utama UMNO dikalangan prof-prof kangkung UMNO.

    ReplyDelete
  2. prof ni buat kenyataan berdasarkan research atau analisis apa? sebenarnya pas tiada masalah kecuali beberapa pemimpin yg termakan godaan umno, tak kiralah presiden ke apa ke. jika golongan ini dibersihlan drpd pas insyaallah selesailah masalah. bukan isu menentang ulama atau pengaruh pkr

    ReplyDelete
  3. musuh dalaman pas ialah geng ug pimpinan hadi yang dah control pas skrg. nama ulama tapi hidup menyombong diri dengan kemegahan dunia. lagi besar serban lagi tinggi ego. pastu ponteng sidang. ahli parlimen tapi tak hadir sidang parlimen.

    ReplyDelete
  4. Jika hujahan2 dn theori2 dri prof2 kangkung dri uni2 malaysia,amat jelas kecetikan daya fikir dn asas yg mereka ujudkn pandangan mereka.
    Selalu tk kelihatan apa2 kajian yg dilakukn melainkn imaginasi subjective hayalan dn keinginan mereka.
    Padanlah uni kita tk terkira dlm uni2 500 terbaik serantau.

    ReplyDelete
  5. orang orang PAS in rata rata bahalol yea. PAS sendiri gagal , di tubuh PASMA pula masih dengan kepimpinan bahalol.

    macam mana orang orang melayu nak maju setanding mamak jika masih ber fikiran bahalol tahap zaman batu !

    anak melayu sudah mintak asylum ke sweden , ali abdul jalil... ada jugak anak melayu yang mahu maju , tetapi orang orang PAS tidak mahu mencontohi si Ali ini.

    apakah Ali ini bahalol ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri bahlol tiada disedari.kecerdikan apa yg ko ada.hanya kepandaian yg cukup terbatas iaitu membahlolkan orang lain sahaja.terserlah akan kebahlolan ko.

      Delete
  6. Tuan Admin......Aku gelak pecah perut untuk gelaran terbaru "Tuan Guru Sir Dato' Seri Haji Duke Of Rusila" (diambil dari blog C++). Siapa yang anugerahkan kalau bukan baginda Queen kan? Bukan itu sahaja beliau di London, malah untuk bertemu dengan Mufti Besar London iaitu Sahibul Samahah Tuan Mufti Raja Petra Kamaruddin untuk membincangkan darihal "Hakim" mana yang boleh dikasi telurnya untuk lepas Fitnah Pil Kuda pada perbicaraan 28 Okt di Kuala Trengganu nanti kan?. Kabel dan talian hayat Peguam Correct...Correct amat diperlukan segera.........

    ReplyDelete
  7. Betul sangat telahan bat8 tu berhubung "prop kangkung" Ahmad Atory Hussain. Sekiranya selama ini rakyat yang buta tuli sekalipun merasa kagum dengan pengamanat terkenal "Adi Awe", tetapi sekarang sudah menyerlah sangat sifat "ulama kangkung" beliau setanding Ridhuan Teh Abdullah layaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kagum sesama sendiri.

      Delete
    2. Anon 5:03

      Apa pandangan alternatif anda pulak? Tak dak? Tak payah la buang bandwidth orang kalau setakat nak komen macam tu. Orang dah tahu anda dak cerdik. Kakau diam sekurang2nya org tak tahu.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa