Satu lagi aku tak setuju mereka di gelarkan Jihadis
Pengecut IS yang mengimpikan 72 gadis sunti namun takut tamparan wanita sejati
Cecilia Jeyanthi Victor
SEKILAS PANDANG: Lucu sungguh gerakan pejuang IS (Negara Islam) ini. Mula-mula mereka menyebar ketakutan di hati masyarakat dunia dengan membunuh penduduk Iraq dan Syria yang tidak berdosa, kemudian mereka takutkan tamparan wanita!
Sungguh menggelikan hati kerana pejuang IS ini dikenali berlagak macho dan gemar menunjukkan kehebatan, namun sebenarnya mereka takut dibunuh tentera wanita Kurdish.
Mengapa takut merasakan kuasa tamparan wanita?
Mudah, kerana kematian mereka bakal sia-sia akibat tidak dapat belaian 72 gadis sunti di syurgawi.
Pejuang jihad IS berpendapat, jika mereka dibunuh di tangan wanita, mereka tak mampu ke syurga bagi dibelai 72 gadis dara.
Inilah pandangan salah yang mereka buat terhadap wanita yang hanya dianggap objek seks dan bahan pemuas nafsu. Wanita, pada tanggapan mereka, hanya dilahirkan bagi membantu suami dengan melahirkan anak yang akan berjuang di jalan yang sama. Oh ye, wanita juga perlu memasak dan mengemas rumah.
Jika mereka tumbang di tangan wanita, para penjihad ini tidak akan meraih belaian 72 gadis syurgawi yang dijanjikan kepada mereka.
Jadi kini wanita Kurdish menjadi ketakutan di kalangan pejuang jihad IS.
Laporan AFP menyebut, menurut Peninjau Hak Asasi Syria, tentera pershmerga wanita Kurdish sedang menentang penjihad IS dengan diterajui komander dengan gelaran Narin Afrin.
Ketua kumpulan Hak Asasi itu Rami Abdel Rahman berkata, “Mayssa Abdo yang digelar Narin Afrin mengetui YPG di Kobane diiringi Mahmud Barkhodan.”
Pejuang wanita berusia 40 tahun ini adalah antara wanita yang bertekad menumbangkan IS yang menzalimi wanita di wilayah bergolak itu.
Seorang gadis berusia 27 tahun dipetik berkata mereka akan memberi tentangan hebat ke atas penjihad IS yang tidak mahu terhumban ke ‘neraka’.
Seorang lagi pejuang peshmerga didakwa meletup dirinya sambil membunuh 12 penjihad IS pada 5 Oktober.
Battalion dianggotai wanita itu telah ditubuhkan sejak 1996 bagi menentang tentera Saddam Hussein. Mereka berpengalaman luas dalam tempur bersenjata.
Wanita-wanita ini perlu diberi tabik hormat kerana bukan sekadar berjuang bagi kebebasan, namun telah mendedahkan sikap seksis pejuang IS.
Di tangan mereka, kaum wanita dianggap warga kelas kedua. Mereka ditangkap dan disiksa termasuk dengan cara rogol, dihina di khalayak umum dan dihukum bunuh.
Pejuang wanita yang berani ini akan terus bertempur bagi membantu menjatuhkan rejim zalim IS. Dan mereka nampaknya berjaya.
Para penjihad kini terkencing di dalam seluar mereka
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=516100
ReplyDeletehttp://shoutussalam.com/
http://al-mustaqbal.net/