Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 20, 2014

MH17 Ditembak Dengan Peluru Berpandu Dari Pangkalan Tentera Ukraine

Pesawat MH17 ditembak pemberontak pro-Russia
OLEH SYDNEY MORNING HERALD - 20 OCT 2014

Perisik Jerman percaya pesawat MH17 milik Malaysia Airline System Berhad (MAS) ditembak oleh pemberontak pro-Russia menggunakan peluru berpandu yang diambil dari pangkalan tentera Ukraine, menurut akhbar Jerman.
Kesimpulan itu bercanggah dengan dakwaan sebelum ini - termasuk oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry bahawa peluru berpandu berkenaan dibekalkan oleh Russia.
Akhbar mingguan Der Spiegel melaporkan, BND, perkhidmatan perisikan asing Jerman telah selesai menganalisis tragedi 17 Julai lalu yang mengorbankan 298 penumpang termasuk anak-anak kapal.
Presiden BND, Gerhard Schindler membentangkan bukti kepada Jawatankuasa Parlimen termasuk imej satelit dan gambar-gambar.
Memetik laporan Spiegel, pasukan perisikan itu mendakwa pemberontak pro Russia telah mengambil sistem peluru berpandu BUK dari pangkalan tentera Ukraine yang kemudian menggunakannya untuk menembak MH17.
Ukraine mendakwa Russia bertanggungjawab sepenuhnya akan serangan itu dan perkhidmatan keselamatannya mempunyai rakaman panggilan bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.
Biarpun laporan itu mendapati senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 tidak dibekalkan oleh Russia, tetapi terdapat bukti kukuh Russia telah membekalkan senjata-senjata dan sokongan lain kepada para pemberontak.
Jurucakap kepada Pejawab Pendakwa Raya Persekutuan Jerman memberitahu Spiegel, penyiasatan terhadap insiden itu adalah terbuka kerana kemungkinan kemalangan itu adalah jenayah perang.- MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa