Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 16, 2014

Standard Dan Tatakerja Yang Hempeh Jabatan Imigresen

Apa yang berlaku ini adalah gambaran kebanyakan layanan yang diterima pelanggan bila berurusan dengan Jabatan Awam Kerajaan
Saya sendiri seorang penjawat awam pun kerap terkena......tapi saya sergah balik!
Ada kalanya kerenah begini saya bawa ke pengetahuan Ketua Jabatan

Ibu anak OKU terkilan dengan Jabatan Imigresen
OLEH ARIF NIZAM ABDULLAH DI KUALA LUMPUR - 16 OCT 2014 (4 HOURS AGO)

Kehadiran seorang ibu yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya (OKU) di Jabatan Imigresen Kelana Jaya baru-baru ini berakhir dengan pengalaman yang menyedihkan.
Dia meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana mendakwa kunjungannya bersama anak OKU untuk memperbaharui passport seolah-olah dipandang sinis.
Hanya mahu dikenali sebagai Puan Liza, dia berkongsi pengalaman sebaik tiba di kaunter perkhidmatan pelanggan jabatan itu pukul 11.30 pagi ekoran kesesakan lalu lintas dan urusan di klinik swasta terlebih dahulu.
“Ketika menghampir kaunter, saya melihat seorang pegawai wanita yang bertudung sedang bertugas dan bertanyakan tentang nombor giliran sama ada masih dikeluarkan lagi.
“Lepas itu saya bertanya tentang ‘special arrangement’ untuk OKU kerana pernah berbuat demikian.
“Wanita itu memberitahu perkhidmatan tersebut disediakan pada hari biasa. Saya meminta bantuannya sekiranya dia boleh membantu kerana saya bekerja pada hari biasa,” katanya mengadu kepada MalaysiaGazette.
Namun apa yang membuat Puan Liza terkejut apabila mendakwa wanita itu dengan nada sombong memberitahu nombor sudah habis.
Masih bersabar dengan cara jawapan kasar wanita itu, dia sekadar bertanya pukul berapa perlu berada di jabatan itu pada keesokan harinya bagi mengelak kehabisan nombor giliran.
Bagaimanapun jawapan yang diterima cukup menyakitkan hati sebagai ibu kepada OKU.
“Jawab wanita, itu nasib-nasiblah. Kalau ramai orang kenalah beratur macam biasalah selain beberapa soalan yang dijawabnya tidak professional ekoran sikap acuh tidak acuh,” katanya penuh geram.
Dakwa Puan Liza lagi, cara wanita itu menjawab soalan langsung tidak menunjuk sikap dia hendak membantu orang namun seboleh-bolehnya ingin menyuruh dirinya dan anak OKU beredar dari kaunter itu dengan kadar segera.
“Oleh kerana kecewa dgn sikapnya, saya dan anak OKU keluar dan disapa seorang lelaki yang tidak beruniform yang menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan pembaharuan pasport kami,” katanya yang berjaya memperbaharui passport di jabatan sama di Shah Alam, dua hari kemudian.
Ujar Puan Liza, dia amat berharap agar Jabatan Imigresen bersikap mesra kepada pelanggan.
“Saya bukannya mahu dilayan seperti VIP. Saya bertanya dengan cara elok kerana kurang mahir tentang urusan pembaharuan pasport kerana hanya berurusan lima tahun sekali.
“Tapi janganlah bercakap kasar dan acuh tidak acuh hanya kerana saya membawa anak OKU,” tegasnya. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa