Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 20, 2014

MSU Mabuk Menjadikan Pengikut Dan Penyokong Nanar!

Wahai Tuan Man.... ketahuilah siapa syaitan itu
Berikut ini adalah tulisan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku cuma cuba tolong bagi sedikit pencerahan ikut apa yang aku fahamlah...korang tak setuju, korang bagilah hujah korang pula....kalau hujah aku tak betul, tang mana salahnya... tolong ajarkan aku dengan petunjuk dari Allah dan rasul...

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah. 

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Benar sungguh madah itu mu itu  Wahai  Tuan…

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu, mesyuarat AJK PAS pusat memutuskan hantar dua nama calon MB Selangor, WAWI dan Azmin. Kemudian bermesyuarat lagi pada 25 Ogos cuba nak pinda keputusan mesyuarat 17 Ogos tu, tetapi bertelagah dan gagal melakukannya. 

Kemudian seperti kata tuan, "syaitan telah menguasai perasaan dan fikirannya..." lalu dia buat keputusan sendiri, hantar nama calon sendiri. Hinggakan Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu pun tidak tahu mengenainya.
Ketika ada wartawan bertanya kepada Wan Zawawi, Setiausaha MSU, dia (Wan Zawawi) mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Dengan angkuh dia jawab secara sinis  “Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. 

Dan apakah benar ada orang berniat jahat nak memburukan MSU dengan menyebarkan surat arahan palsu sebagaimana kenyataan menantu suci ini:
Kalau arahan tersebut benar 'palsu' bagaimana pula tuan, dan lain-lain PJ negeri selain Selangor telah keluar arahan menyokong arahan MSU tersebut?

Tindakan tuan dan PJ negeri yang melarang ahli PAS di negeri masing-masing menyertai PasMa, memperlihatkan kecenderungan atau simpati kepada PasMa dengan menghadiri program pertubuhan itu, kalau ikut kenyataan menantu suci diatas tu, Tuan dan PJ semua itu adalah: "berniat jahat mengimejkan MSU extreme"  Tak gitu? Bukan aku kata... Menantu suci itu yang kata!

Wahai tuan, bukankah sudah jelas siapa yang menjadi punca yang menghancurkan keputusan jemaah? Syaitan bertopengkan ulama ramai dalam MSU tu kan? Elok sangat tukar maksud akronim MSU tu jadi  Majlis Syetan Ulama!

- aku bawa balik dari blog al-Husseyn otai PAS

Isu Presiden Tuang - Tuang Presideng atau Presideng Tuang?
Reaksi dari seorang pembaca mengenai komen Tuang Presideng mengenai pembentangan Bajet 2015 beberapa hari lalu:
" Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014"
 Soalan: Mendengar depan TV atau mendengar sendiri di parlimen? Yang nampak hanya papan tanda nama Marang sahaja....
Hari tu pun tuang, tapi nak komen juga pasal bajet konon nak beri gambaran dia ada bersama dalam dewan...tapi semua orang tau...komennya itu pun orang lain tolong buatkan...

# Aku berpersepsi - Benci nak duduk sebelah menyebelah antara Anwar dan Kit Siang atau pun memang dah merasa malu kepada mereka berdua!

Apa pun bacalah selanjutnya di sini

10 comments:

  1. I'll let Becky, one of the veteran coconut oil users, explain this
    to you:. Tender coconut water increases glow and fairness of skin. People often make a mistake and only apply
    oil on the hairs while massaging head with coconut oil,
    hairs cannot absorb any thing hence massaging hairs can only make them shine temporarily but cannot nourish them, for proper nourishment
    one needs to massage the scalp as hairs take
    all the nourishment from their roots which are located in the scalp.



    My blog post Darian Braun

    ReplyDelete
  2. perosak kpd pas sekarang adalah dtg daripada tindakan 'cerdik' tuang presideng sendiri. Memang memalukan!Ikan membusuk mula dari atas..jadi wajib dibuang kepalanya dulu utk baiki jamaah jika tidak pru akan dtg jgn harap nak dpt mana2 negeri including kelantan pun.Berjuanglah sampai beratus tahun pun mmg takkan dpt putrajaya

    ReplyDelete
  3. Abe

    Lain bunyi Dato Tuan Ibrahim kali ini. Beliau adalah diantara p3mimpin PAS yang mempertahankan TGHH dan mengeluarkan larangan kepada ahli PAS Pahang dari menyertai PasMa sebelum ini.

    Kita tengok bila dia bersuara lain kali untuk t3ngok arah mana dia condong.

    ReplyDelete
  4. bat8

    Tuan Ibrahim ni tak silap abe sepupu nik aziz. jadi selagi nik aziz sokong hadi dia akan wala'. lepas ni tak tahulah kalau dia tinggalkan nik aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Itu yang kita nak tengok arah mana Tuan Ibrahim nok gi. Saya harap dia memahami apa yang sedang berlaku kepada PAS angkara puak UG ini. Saya pasti dia juga sudah nampak bagaimana TGNA sekarang sedang dikepong oleh puak UG melalui Nik Abduh.

      Tuan Ibrahim kena buat pilihan tidak lama lagi. Samada menyelamatkan PAS atau terus wala membabi buta kerana hormat kepada TGNA yang sedang dikepong. Sebenarnya Tuan Ibrahim bukanlah pilihan terbaik untuk memimpin PAS pasca TGHH. Dia ambo tengok ada masaalah untuk bert3gas bila perlu sangat. Masih ada ruang nak kompromi bila ditekan dan diasak.Tetapi buat masa ini, dialah pilihan sementara yang terbaik PAS ada.

      Delete
  5. Anak kepada adik TGNA ini memang tinggi tahap hipokritnya. Pernah sekali Abg Saudara saya totok UMNO dan mahu berjinak dengan PAS telah membuat undangan kepada Tn Brahim untuk suatu program di Sekolah Afzan Kuantan tetapi beliau mungkir dengan tidak hadir program tersebut tanpa alasan. Punyalah marah Abg Saudara tersebut dengan mengatakan bahawa Tn Brahim ini nama sahaja bekas Pensyarah tetapi tinggi sikap munafiknya dan memang sesuai di dalam PAS. Sewaktu menjadi Pensyarah di UiTM Jengka begitu juga diceritakan oleh jiran bahawa beliau ini cukup bernafsu besar dengan kemewahan dunia (tak sesuai dengan reputasi Islam yang mementingkan kesederhanaan) apabila sering sangat bertukar kereta mewah untuk beliau dan kaum keluarga terdekat beliau.

    ReplyDelete
  6. Naper kurang nya pengomen kebelakangan nie.mungkin ramai dah meluat kut.apa pun admin dan followers setia sungguh amat cerodek.

    ReplyDelete
  7. Anon 8:14 AM

    Untuk makluman, bagi yang cerdik hanya menurunkan komen di atas perkara yang penting dan perlukan maklumat tambahan sahaja.

    Yang jenis komen merapu tu banyak juga sekiranya dirasakan nak luahkan perasaan. Namuna walau apa pun bentuk komen selagi tidak melanggar undang-undang saya akan terbitkan.

    Yang dah meluat tu, datang tidak diundang dan berambusnya pun tidak dipaksa!

    ReplyDelete
  8. Kah kah kah kah.sakit perut kawe abe oiiii...
    berdesing telingo...kah kah kah.
    nak gelak jer lah.
    nak taw bes or tak buatlah blog sendiri...
    Jgn tunjuk sgt ngok tu.
    so simpan la sket dunggu2 tu.
    malu oiiiii...
    heheh

    ReplyDelete
  9. Dulu kita mengharapkan beliau yang sesuai untuk menggnatikan HJ Hadi sebagai Presiden Pas tapi beliau pula dengan sendirinya menjelaskan siapa diri beliau sebenarnya dan mudah bagi kita rakyat bawahan menilai untuk memberi sokongan kepadanya.Sebenarnya tidak rama golongan UG dalam Pas tapi di sebabkan ramai pemimpin yang wala; membabi tak tentu tentu akal itulah yang sedang berlaku dalam Pas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa