Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 25, 2014

Terima Ancaman Di Mlaysia, Ali Selamat Di Sweden

Selamat di Sweden, aktivis dakwa terima ancaman gengster, kumpulan rasis Melayu 
Published: 25 October 2014
Aktivis Ali Abd Jalil yang kini berada di Sweden berkata beliau menerima ancaman daripada kumpulan gengster dan rasis Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Aktivis Ali Abd Jalil, warganegara Malaysia kedua melarikan diri ke luar negara dalam beberapa minggu ini, mendedahkan melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini yang beliau sekarang berada dalam keadaan selamat di Sweden.
Menulis statusnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya meninggalkan Malaysia.
"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah.
"Saya diancam kumpulan gengster dan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk saya, polis dan gengster mengekori saya sepanjang masa," kata Ali.
Ali juga berterima kasih kepada Amnesty International, Suaram, Antifa Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam, Projek Dialog, Solidariti Mahasiswa Malaysia, rakan-rakan dan kumpulan sivil lain.
Beliau mendapat sokongan daripada rakan Facebooknya yang mengharapkan dia berada dalam keadaan baik dan mengucapkan selamat jalan.
Ali menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.
Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.
Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".
Portal Rakyat Times melaporkan, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober menuju ke Bangkok dan terbang ke Stockholm pada 21 Oktober.
Di Stockholm, Ali menemui Amnesty International Sweden bagi mendapatkan nasihat mengenai prosedur memohon suaka.
Beliau kemudiannya dibawa ke pusat suaka sebelum dipindahkan ke bandar lain, Morsta, menurut portal yang dimiliki aktivis dan peguam Haris Ibrahim itu.
Ia juga melaporkan, Ali sudah pun menerima permit kerja dan boleh mula bekerja di sana pada bila-bila masa.
Awal pagi ini, The Malaysian Insider menerima satu emel memberitahu Ali selamat tiba di Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.
Selain Ali, seorang lagi warganegara Malaysia, blogger seks kontroversi Alvin Tan, juga dalam usaha mendapatkan suaka politik di luar negara. – 25 Oktober, 2014.

5 comments:

  1. INILAH AKIBAT LANUN LANUN YAHUDI LAKHANATULLAH YANG MEMPUNYAI KUASA DAN BERMAHARAJALELA DIBUMI MALAYSIA INI AKHIR RAKYAT MENDERITA AKIBAT NYE .SAMA SAM KITA DOAKAN SEMOGA DGN PENUH HARAPAN SATU HARI AKAN BANGKIT RAKYAT NEGARA INI UNTUK MENGHPUSKAN LANUN LANUN YAHUDI LAKHAMATULLAH YANG BERKUASA INIINI

    ReplyDelete
  2. Aku pun Rakyat Malaysia namun tiada masalah pun hidup di negara ini.

    Jika masalah yang dicari maka masalahlah yang dapat.

    Jika hidup ini dipenuhi dengan ketenangan jiwa, ketekunan dan tanggung jawab tak ada pun yang menzalimi.

    Tiada pun nak bermusuh dengan mana-mana ahli-ahli UMNO atau PAS.

    Namun bila adanya manusia yang bernama Anwar dan PKRnya maka negara telah menjadi porak poranda.

    Dia bukan perjuang Rakyat tetapi berjuang untuk kelangsungan kuasa yang telah terlucut dari genggamannya.

    Atas peristiwa apa yang awak mohon suaka dari negara luar. Rakyat yang melebihi 20 juta di negara ini tak pun minta awak berjuang untuk mereka. Awak sendiri yang terhegeh-hegeh kononya nak sangat jadi aktivis tak perlulah nak mohon simpati dari orang lain.

    Ini semua perangai Anwar. Ajak orang ramai berjuang untuknya.

    Jika seorang wira dia akan berjuang hingga ketitisan darahnya yang terakhir. Bukan macam awak BACUL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya manusia yg ada akal tapi berfikir spt orang yg tak ada akal, merasakan hidupnya dibumi Malaysia ini tidak dizalimi. Rasul SAW menyampaikan kpd kita untuk solat berjemaah untuk apa?

      Delete
  3. tahniah Ali...

    Ali bagai kambing memasuki kandangan kuda kuda , Ali akan ber nilai setanding kuda ber banding kambing kambing di kampung RM900 sekor tau !!!

    cari bini Amoy di sana , macam mark zuckerberger dan datang kampong belanja US50 billion beli ekonomi kampong....

    boleh buat !!!!

    ReplyDelete
  4. Senangnya nak dpt kerja kat Sweden. Org luar pun senang dpt kerja.....

    Kerja kontrak mcm kat Msia kot?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa