TIADA sesiapa pun dibenarkan untuk melihat atau menyentuh manuskrip purba di Perpustakaan Negara Israel. Naskhah manuskrip yang mengandungi perbendaharaan kata Ibrani itu merupakan bukti bertulis pertama ditemui dan ia dikarang dalam bahasa Yiddish yang merupakan bahasa sejarah orang Yahudi.
Ia merupakan sebuah kitab Mahkota Damsyik yang dipercayai diseludup keluar dari Syria dua dekad lalu oleh agensi institut perisikan dan operasi khas Israel, Mossad dalam satu operasi perisikan sulit. Ia bertujuan untuk membongkar kewujudan bangsa Israel yang kononnya dirahsiakan sejak bertahun lamanya.
“Manuskrip ini begitu unik. Apa yang lebih menarik ialah kandungan cerita dan sejarah yang terkandung dalam manuskrip ini,” ujar ketua bahagian pengumpulan manuskrip perpustakaan itu, Aviad Stollman.
Kebanyakan negara mengekalkan khazanah yang tersimpan rapi di dalam perpustakaan rasmi terutama manuskrip bersejarah yang menceritakan mengenai salasilah bangsa di situ.
Publisiti
Namun bagi bangsa Israel, caranya berbeza. Mereka mencari manuskrip yang menceritakan mengenai kehidupan dan kewujudan bangsa Yahudi di negara-negara yang pernah mereka huni.
Kini, Perpustakaan Negara Israel di Givat Ram berusaha mencari manuskrip yang dianggap sebagai permata paling berharga sebagai usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Israel. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan publisiti mengenai keturunan mereka.
Manus krip yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi buat julung-julung kalinya dipamerkan di Muzium Louvre, Perancis
Penemuan manuskrip itu merupakan inisiatif awal untuk mengubah manuskrip bahasa Ibrani dalam bentuk digital.
Pada awal Oktober, manuskrip berharga yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi, Maimonides dipamerkan buat julung-julung kalinya di Muzium Louvre, Perancis. Demi menjaga kehormatan dan kesucian manuskrip itu, ia dikawal rapi oleh pengawal.
Baru-baru ini, perpustakaan itu mengadakan satu Forum Global mengenai profil koleksi manuskrip itu yang diterajui oleh tokoh terkenal seperti Lord Rothschild, Diplomat Amerika Syarikat, Elliott Abrams serta ahli psikologi dan pemenang anugerah Nobel, Daniel Kahneman.
Terbaharu, perpustakaan di Baitulmuqaddis itu membuka bilik kebal dan memberi peluang kepada agensi media antarabangsa, The Associated Press untuk melihat khazanah-khazanah terpelihara itu. Kebanyakan manuskrip itu tidak pernah dipamerkan kepada masyarakat.
Manuskrip itu dibawa ke Baitulmuqaddis menggunakan laluan sukar dan tiada siapa yang tahu kaedah mereka membawa masuk manuskrip itu ke Israel.
Salah sebuah manuskrip yang terdapat dalam perpustakaan itu ialah Mahkota Damsyik. Mahkota dalam manuskrip itu merujuk kepada istilah Yahudi yang amat dihormati di dalam kitab-kitab suci mereka. Ia merupakan sebahagian daripada manuskrip terawal kitab Ibrani.
SEORANG lelaki Yahudi sedang meletakkan keratan nota doa dan hajatnya di celahan batu Western Wall, Baitulmuqaddis.
Manuskrip itu dipercayai ditulis di Asia Barat dan Eropah sekitar 700 hingga 1,000 lalu. Ia juga dilindungi oleh masyarakat purba Yahudi Syria di Damsyik sejak beratus tahun lamanya.
Menurut sejarah, pemerintah diktator Syria, Hafez Assad menarik balik sekatan perjalanan ke atas orang-orang Yahudi pada awal tahun 1990-an. Dalam satu operasi sulit operasi Mossad, mereka mendapati sesetengah bangsa Yahudi menetap di Israel dan menyimpan manuskrip itu bersama mereka.
Sewaktu sekatan itu, bangsa Yahudi meletakkan manuskrip itu di perpustakaan negara untuk disimpan daripada keadaan cuaca dan iklim yang tidak menentu.
Kota Sepanyol
“Kami menerima manuskrip itu daripada Mossad dengan syarat-syarat yang ketat agar ia terus disimpan secara rahsia,” ujar Pengarah Manuskrip dan Arkib Perpustakaan Negara Israel ketika itu, Raphi Weiser.
Beliau yang telah bersara dan menjadi sukarelawan perpustakaan itu berkata, hanya sebilangan staf dan pekerja tahu mengenai manuskrip Mahkota Damsyik ketika itu.
Kewujudan manuskrip di Israel telah menjadi perhatian umum sejak tahun 2000, setelah perpustakaan itu mengadakan pameran tertutup. Sejak itu, ia tidak lagi didedahkan lebih-lebih lagi untuk tatapan umum.
Tambah Weiser, koleksi paling berharga di dalam perpustakaan itu ialah sebuah kisah mengenai kota Sepanyol abad ke-13 yang disimpan di sebuah rumah ibadat Yahudi Jobar di Damsyik.
Namun menurut aktivis pembangkang, rumah ibadat itu telah dimusnahkan dalam Perang Saudara Syria tahun lalu.
“Anda pasti tahu apa akan terjadi sekiranya manuskrip itu kekal di tempat asalnya,” jelas Weiser.
Selain manuskrip Mahkota Damsyik, buku nota 20 muka surat yang dikarang oleh penulis novel Jerman, Franz Kafka turut menjadi khazanah yang dipelihara di perpustakaan itu.
Rampas Palestin
Buku nota Kafka dalam bahasa Ibrani itu ditulis ketika dia mahu berhijrah dari Prague, Republik Czech ke Israel. Menurut sejarah, Kafka belajar bahasa Ibrani daripada seorang penduduk Baitulmuqaddis yang menyambung pengajian dalam jurusan Matematik di Prague sekitar tahun 1920-an.
Kafka tidak dapat berhijrah ke Israel yang ketika itu mula merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Rakannya yang dianggap sebagai guru itu telah menghadiahkannya sebuah buku perbendaharaan kata kepada Kafka.
Pada awalnya, tiada satu hasil tulisan Kafka berjaya diselamatkan. Sebelum meninggal dunia, Kafka menyampaikan pesanan kepada rakannya untuk membakar kesemua karya tulisannya. Sebaliknya, karya-karyanya itu telah diterbitkan sekali gus menjadikan Kafka terkenal selepas kematiannya. Dia juga dikenali sebagai penulis yang masyhur pada abad ke-20.
Dalam perbicaraan mengenai kes Kafka pada tahun 2012, mahkamah Israel memutuskan bahawa dua saudara perempuan berketurunan Israel memiliki harta yang tidak diterbitkan daripada manuskrip Kafka. Selain itu, mereka juga perlu menyerahkannya kepada perpustakaan negara.
Manuskrip Teori Ketuhanan Newton merupakan satu khazanah yang sering dipandang enteng. Ahli fizik dan matematik Inggeris itu telah mengeluarkan tiga teori undang-undang mengenai kitab Ibrani dan ilham.
Menerusi satu tulisan dalam bahasa Inggeris dan sedikit saduran perkataan Ibrani, Newton menggunakan minda saintifiknya untuk mengukur sebuah kuil purba Yahudi di Baitulmuqaddis dan meramal dunia akan kiamat pada tahun 2060.
Tulisan itu sepatutnya ditamatkan di Universiti Cambridge yang mendapat manuskrip asli Newton pada tahun 1872.
“Namun, pada masa itu, Cambridge menyatakan tidak lagi berminat untuk menerima teori ketuhanan yang dikarang oleh Newton,'' ujar kurator bahagian koleksi kemanusiaan Israel perpustakaan negara itu, Milka Levy-Rubin.
Pada tahun 1936, waris Newton menjual manuskrip itu di rumah lelongan Sotheby yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Namun, pembida lebih berminat untuk membeli lelongan lukisan di rumah lelongan London Christie, Britain pada hari yang sama.
Seorang cendekiawan Yahudi, Abraham Shalom Yahuda berminat untuk membeli tulisan mengenai teori ketuhanan itu dan mendermakannya ke Perpustakaan Negara Israel.
Teks Yiddish terawal yang dipercayai ditulis pada abad ke-13 merupakan antara manuskrip tersimpan rapi di Perpustakaan Negara Israel. Teks itu merupakan sebuah buku ritual yang ditulis dalam bentuk kaligrafi menggunakan dakwat merah dan hitam. Ia digunakan untuk nyanyian di rumah ibadat ketika sembahyang di Worms, Jerman.
Pada muka surat 54a, tertulis satu ayat atau mesej yang diterjemahkan bermaksud, Hari yang baik untuk orang yang membawa buku doa ini ke rumah ibadat. Ia merupakan bukti terawal mengenai Yiddish yang bermaksud bahasa sejarah orang Yahudi Ashkenazi di Eropah Tengah dan Timur telah wujud sejak berabad lamanya.
Buku itu masih digunakan di rumah ibadat Yahudi sehingga ia dimusnahkan dalam satu peristiwa Kristallnacht yang bermaksud Night of Broken Glass. Dalam peristiwa itu, bangsa Israel di Jerman diserang oleh tentera Nazi. - sumber
bangsa Yahudi Israel se memang bijak bijak belaka kualiti otak nya. itu tidak perlu sangat di amati.
ReplyDeletebangsa bangsa melayu yang bahalol yang perlu di pelajari dan di ubah agar maju di tahun tahun ke hadapan.
bangsa bahalol banyak kalau campur negara jiran 250 juta lagi banyak.
tapi apa yang di bangga menjadi bangsa bahalol , papa ke dana di tanah air sendiri makan kangkong dan bangga dengan kangkong nya.
cukup lah...